Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2014

Kisah Putih

Manusia.. Kita punya hati dan perasaan. Sama seperti haiwan. Mereka juga mempunyai hati dan perasaan. Bezanya kita dengan haiwan adalah akal. Tapi ianya tetap tidak lari daripada satu aspek iaitu hati. Kali ini saya membawa pembaca untuk menyelami kisah Putih, kucing peliharaan keluarga saya. Bukan kucing peliharaan saya tetapi keluarga. :') Pada 3 tahun lepas, saya dan keluarga telah terlibat dengan kemalangan yang saya boleh kategori sebagai ngeri di Jementah. Jalan lama untuk pergi ke Segamat. Keadaan masa itu sangat cemas. Kelam-kabut dan segalanya. Ayah saya, tulang rusuknya retak. Atok dan emak saya pula patah kaki. Adik perempuan saya telah menerima jahitan di bibir kerana bibirnya terkoyak manakala adik lelaki saya yang ketiga telah menerima sebanyak 21 di kepala. Allahu, berat dugaan-Nya. Saya seperti hampir berputus asa tetapi saya kuat kerana saya tahu ada lagi orang yang lagi teruk mengalaminya. Tapi bukan kisah saya yang ingin saya tekankan. Kisah Putih dan kisahnya ...

Ciptaan Terindah-Nya

Malam terlihat tenang dan damai di luar sana. Tiada yang mustahil kecuali yang mustahil.  Persoalan yang tiba-tiba terlintas difikiran tatkala aku sedang merenung pekatnya malam. Persoalan yang bermain di minda ketika aku sedang khusyuk menghayati betapa indahnya bulan dan bintang yang memagari langit. Dan setiap persoalan akan ada jawapannya. Itu pasti!! Malam ini sepi Malam ini tenang Aku terpanar melihat keindahan yang terbias di ruang mata Ada sekelumit cahaya dan sinar yang menyinari bumi Tuah terasa menyelinap di dalam hati Sejenak aku terfikir Manusia.. Diciptakan oleh-Nya dengan sangat sempurna Sangat kompleks untuk dibandingkan dengan yang lain Mahkluk ciptaan-Nya semuanya sempurna Dan persoalan tercipta dikala membicarakan tentang hati. Mahkluk-Nya yang bernyawa.. Tercipta dengan dua tangan Dua kaki Dua mata Dua telinga tapi.. kenapa hanya satu saja hati? Sedangkan otak jugak Dia ciptakan mempunyai kiri dan kanan Buah pinggan...