Skip to main content

Posts

Showing posts from 2014

<~Melodrama~>

Melodrama dunia menjadikan manusia buta dalam menilai dan melihat kebenaran yang hakiki. Menjadikan manusia tuli untuk mendengar apa yang sepatutnya kita dengari. Menjadikan manusia bisu dalam mengungkapkan kebenaran. Dalam kehidupan ini, manusia sebenarnya punya banyak peluang dan kesempatan tanpa disedari bagi yang buta hati, tuli pendengarannya dan bisu mulutnya dalam erti kata yang sangat mendalam. Manusia selalu kata, "aku tak punya peluang." Atau, "aku tak berkesempatan laa." Ayat sebegitu sering kali keluar daripada mulut setiap manusia. Tetapi, sedarkah mereka peluang itu ada di sekeliling kita tanpa kita sedari kehadirannya.? Kesempatan! Ia tidak akan datang tanpa kita mencarinya. Jangan sampai peribahasa 'sudah terhantuk, baru hendak tergadah' itu diungkapkan kepada kita. Menyesal pun tiada guna. Semuanya sudah terjadi. Melodrama kombinasi antara melodi dan drama. Melodi dunia yang memanggil kita supaya lupa pada segalanya. Drama dunia yang men...

Bosan

Seriously aku suka motivate orang lain tp aku susah gila nak motivate diri aku sendiri. Sbb manusia nie suka berkata-kata tp kaku bila nk melakukannya. Sama la macam kes aku nie. Aku ske suro org buat bnde baik. Tp aku sndiri buat bnde jahat. Aku suro org berprasangka baik tp aku berprasangka buruk pada org lain. Bkn aku nk cerita keburukan diri tp lebih kpd nk buka mata org kat dunia nie. Manusia sume nyer sama. Yg membezakan seseorg tu adalah hati die. Klu hati die baik, maka baik la ia. Klu jht, macam aku nie la. Hahaha 😁😁 Actually, aku xde bnde sgt pn nk cite. Tadi idea mcm byk but now, lesap mcm asap. Sekelip mata hilang bila ditiup angin. Hahaa.. Saja jerk nk tulis2. Aku pn da lme xtulis kat blog nie start aku masuk kolej blek..hehhe.. Semoge kita berjumpa lagi..

Pengakhiran, Prasangka, Mentaliti

Pengakhiran yang tak dijangka. Siapa sangka benda baik boleh jadi jahat, dan benda jahat boleh jadi baik. Siapa sangka perangai dan perbuatan kita memberikan mereka yang memandang satu penilaian. Samaada baik atau jahat, semua itu terletak dalam hati setiap manusia. Kuasa Allah menentukan siapa dia di sisi-Nya. Tapi dia sendiri yang menentukan cara kehidupan dia. Corak kehidupan dia. Aku selalu baca novel, cerita2 cinta dan selalu tengok tv. Hahaha..biasalah manusia kalau dah bosan dia akan jadi macam aku. tp jika diteliti semula, aku hanya menghabiskan sisa hidup dengan sia2. Tapai, walaupun terasa sia2, aku tetap dapat input yang berguna dari benda aku baca, lihat dan dengar. Contohnya macam tadi. Aku aspek buku cerita yang aku baca tadi akan menemui happy ending tp sangkaan aku salah bila mana hero cerita tu mati. Dan baru ni, aku tengok tv cerita kifarah. Cerita yang membuatkan aku terfikir. Fikiran manusia ni semuanya tertumpu pada satu saja. Seorang salah, semua salah. Sedangk...

Kisah Putih

Manusia.. Kita punya hati dan perasaan. Sama seperti haiwan. Mereka juga mempunyai hati dan perasaan. Bezanya kita dengan haiwan adalah akal. Tapi ianya tetap tidak lari daripada satu aspek iaitu hati. Kali ini saya membawa pembaca untuk menyelami kisah Putih, kucing peliharaan keluarga saya. Bukan kucing peliharaan saya tetapi keluarga. :') Pada 3 tahun lepas, saya dan keluarga telah terlibat dengan kemalangan yang saya boleh kategori sebagai ngeri di Jementah. Jalan lama untuk pergi ke Segamat. Keadaan masa itu sangat cemas. Kelam-kabut dan segalanya. Ayah saya, tulang rusuknya retak. Atok dan emak saya pula patah kaki. Adik perempuan saya telah menerima jahitan di bibir kerana bibirnya terkoyak manakala adik lelaki saya yang ketiga telah menerima sebanyak 21 di kepala. Allahu, berat dugaan-Nya. Saya seperti hampir berputus asa tetapi saya kuat kerana saya tahu ada lagi orang yang lagi teruk mengalaminya. Tapi bukan kisah saya yang ingin saya tekankan. Kisah Putih dan kisahnya ...

Ciptaan Terindah-Nya

Malam terlihat tenang dan damai di luar sana. Tiada yang mustahil kecuali yang mustahil.  Persoalan yang tiba-tiba terlintas difikiran tatkala aku sedang merenung pekatnya malam. Persoalan yang bermain di minda ketika aku sedang khusyuk menghayati betapa indahnya bulan dan bintang yang memagari langit. Dan setiap persoalan akan ada jawapannya. Itu pasti!! Malam ini sepi Malam ini tenang Aku terpanar melihat keindahan yang terbias di ruang mata Ada sekelumit cahaya dan sinar yang menyinari bumi Tuah terasa menyelinap di dalam hati Sejenak aku terfikir Manusia.. Diciptakan oleh-Nya dengan sangat sempurna Sangat kompleks untuk dibandingkan dengan yang lain Mahkluk ciptaan-Nya semuanya sempurna Dan persoalan tercipta dikala membicarakan tentang hati. Mahkluk-Nya yang bernyawa.. Tercipta dengan dua tangan Dua kaki Dua mata Dua telinga tapi.. kenapa hanya satu saja hati? Sedangkan otak jugak Dia ciptakan mempunyai kiri dan kanan Buah pinggan...

The Famous Cover Singer - Sam Tsui

Here we go !! Here we start !! And here we listen to the heartbeat.. !! ~~~ Down - Jay Sean Heart Attack - Demi Lovato He have a beautiful and powerful voice. He has his own strength and when he sing along of the song, he feel it a lot. And I can say I can feel when he sing all these song. It's to deep when I feel it.. hahaha.. Anyway, he also have his own song and now he have his own place in his fan's heart. He is the one I like the most.. His voice and also his face and body..hahahaha.. just kidding. But I think its okey right?? hahaha.. Shadow - Sam  Tsui Make It Up - Sam Tsui I hope you guys that read my blog will enjoy this video. And I suggest you guys to download all this video.. hehehe.. 

Kekuatanku, Impianku, Harapanmu

Saat ini ingin sekali aku mengatakan rindu pada si dia. Ingin sekali aku datang kepadanya dan berbicara dengan si dia. Dalam fikiranku hanyalah dia. Dia segalanya untuk aku kerana aku sering kali memikirkan dirinya. Walau ku tahu yang dia tidak mengenali diriku. Tetapi di satu saat, terdetik dalam hatiku. "Aku masih mempunyai emak dan ayah yang sentiasa ada di sisiku. Tidak kira susah mahu pun senang. Mereka mengharapkan aku untuk menunjukkan contoh terbaik buat adik-adikku yang lain. Allah besar sungguh impian dan harapan yang mereka harapkan daripada aku. Tetapi aku di sini masih lagi mencari-cari cinta. Mencari keseronokkan dan hiburan untuk diriku sendiri. Ya Allah mengapa aku tidak terfikir semua itu daripada dulu??" Aku merupakan anak sulong dalam keluarga tetapi aku tidak menunjukkan langsung ciri-ciri anak sulong itu. Aku pemalas. Aku hanya tahu mengarah adik-adikku yang lain. Aku hanya tahu mengelat dan terus lari daripada melakukan tugas yang sepatutnya aku g...

Kasihku Pada Siapa

Kasihku pada siapa? Itulah ceritaku pada pagi ini. Aku sedar aku sebagai pelajar harus menumpukan sepenuh perhatianku kepada pelajaran. Akan tetapi, aku ini manusia biasa yang tidak akan lari daripada permainan hati dan perasaan. Sudah masuk tiga tahun aku meletakkan satu nama dalam hatiku. Sudah terlalu lama nama itu bertapak di dalam hatiku. 3 tahun bukannya masa yang singkat untuk dilupakan dan ditinggalkan. Ianya mengambil masa yang terlalu lama untuk dibuang jauh daripada hidupku ini. Mungkin mulutku mampu untuk mengatakan bahawa aku sudah mampu lupakan dia tetapi hati aku sesekali tidak mampu untuk mengatakan kemampuan itu. Sebab aku tahu hati aku. Aku tahu apa yang tersirat di dalam hatiku. Selama 3 tahun ini aku menjadi seorang penunggu setia. Aku menjadi seorang penunggu yang tiada jemu untuk terus menunggu. Aku menjadi seorang yang sentiasa berfikiran positive tentang hati dan perasaan. Aku menjadi seorang yang sentiasa berfikir tentang masa depan andai kami bersama-...

D.I.Y Wedding

Dikala ini aku ingin menceritakan suatu kisah. Kisah yang terselit di dalamnya persahabatan, kekeluargaan dan juga percintaan. Kisah yang indah jika dikongsi bersama tetapi, dalam keindahan terselit suatu kisah duka seorang gadis.  I love you more than you know Kaulah cinta sesungguhnya~ Sekuat hatiku kan menjagamu~ Demi cinta seutuhnya~ Ku kan berjanji seumur hidupku~ Takkan lelah mendampingimu~ Itulah bait-bait lagu daripada Sabhi Saddi dalam 'Cinta Sesungguhnya'. Lagu yang didendangkan oleh DJ ketika perarakan masuk pengantin ke dalam Dewan Utama UTM, Jalan Semarak. Mereka bagaikan pinang dibelah dua, bagaikan cincin dengan permata. Sama cantik sama padan. Mereka digandingkan dengan pakaian ala puteri Cinderella dengan putera idaman iatu tuxedo. Ramai tetamu yang hadir bagi memeriahkan kisah cinta  antara mereka berdua.  I want to share you this sweet moment now and forever.  Selepas majlis persandingan dijalankan, sesi fotografi pula berlan...

Rasa Hati

Aku dilahirkan sebagai manusia biasa. Tidak pernah terlepas daripada membuat kesilapan dan kesalahan. Aku juga punya perasaan. Lagi pula aku seorang perempuan. Ini semuanya fitrah, lumrah kehidupan sebagai seorang perempuan. Aku dilahirkan dengan jiwa yang halus dan lembut. Walaupun kelakuanku, tingkah lakuku kelihatan ganas seperti lelaki, aku tetap seorang perempuan. Ya, aku tahu ada sesetengah perempuan itu jiwanya tabah. Hatinya kental, tapi itu bukan aku. Aku ingin menjadi diri sendiri. Aku tidak mahukan perwatakan yang lain selain diriku ini. Allah betapa hebat dugaan-Mu. Kau menguji keimanku. Kau menguji ketaqwaanku. Allah, jika aku tidak kuat, aku pasti dan tersangatlah pasti bahawa aku ini akan meninggalkan dunia ini tanpa berfikir. Syukur kerana akalku masih berfungsi. Oleh disebabkan itu, aku masih cuba berfikiran baik. Berfikir secara rasional segala tindakan yang akan aku ambil. Bercerita tentang jiwa, aku mempunyai sahabat. Mereka terlalu baik dan aku sedar siapa diri...

Kenangan Bersama

aku xmmpu berkata-kata mmpu t'luahkan melalui rse biarkn jari menulis bicara agar dikau mengerti apa yg dipanggil rse.. sebalik memori ade cerita sebalik memori terpendam duka sebalik memori tercipta suka all things end up with the memories dan sebalik memori, kenangan indah terpahat diminda pertemuan ini m'bawa kpd perikatan ikatan p'shbtn ikatan kekeluargaan moge ianya kekal ke akhirnya.. di stp pertemuan, kte xt'fikir ttg pengakhiran dan perpisahan.. kerana saat itu, kte berfikir mse itu masih pnjg.. dan kini, perpisahan yg tdk diingini dtg menjengah memberikan kte detik2 terakhir utk bersama mengapa?? perpisahan ini harus terjadi?? perpisahan.. ianya takdir yg harus ditempuhi semoge perpisahan ini memberi seribu satu kenangan yg etrindah dlm hidupmu.. p/s : khas untuk kakak-kakak senior yang dah nak habis belajar..huhu semoga kita boleh berjumpa lagi. InsyaAllah..

Kenanganku, Kisahmu, Deritaku

Diri ini masih lagi bernafas di atas Bumi ciptaan Allah. Alhamdulillah. Dan aku di sini masih lagi mencari-cari erti sebenar sesuatu perkara yang dipanggil kehidupan.. Sebelum melangkah ke tempat yang baru, aku pasti, kita semua sebagai seorang manusia, telah dikurniakan suatu benda yang sangat berharga iaitu kenangan atau pun boleh dikenali juga sebagai memori.. berlariku mendapatkan semula kenangan yang telah pergi Ya.. Aku juga begitu. Aku menjadi seperti sekarang atas pengalaman hidup aku yang lalu. Aku menjadi seperti hari ini kerana kenangan yang tercipta di masa silamku. Tapi aku tahu, tidak semua orang di masa sekarang ini tahu mengenai kisah aku.  Ketahuilah sesuatu wahai sahabatku. Aku pun sama seperti engkau yang punya hati dan perasaan. Aku pun sama seperti engkau. Cuma engkau saja yang tidak mengetahui perihal dan duduk perkara yang sebenarnya. Jika engkau berkata sukar untuk melupakan si dia yang kau cinta, jika kau kata rindu pada seseorang yang engkau tid...