Kasihku pada siapa? Itulah ceritaku pada pagi ini. Aku sedar aku sebagai pelajar harus menumpukan sepenuh perhatianku kepada pelajaran. Akan tetapi, aku ini manusia biasa yang tidak akan lari daripada permainan hati dan perasaan.
Sudah masuk tiga tahun aku meletakkan satu nama dalam hatiku. Sudah terlalu lama nama itu bertapak di dalam hatiku. 3 tahun bukannya masa yang singkat untuk dilupakan dan ditinggalkan. Ianya mengambil masa yang terlalu lama untuk dibuang jauh daripada hidupku ini. Mungkin mulutku mampu untuk mengatakan bahawa aku sudah mampu lupakan dia tetapi hati aku sesekali tidak mampu untuk mengatakan kemampuan itu. Sebab aku tahu hati aku. Aku tahu apa yang tersirat di dalam hatiku.
Selama 3 tahun ini aku menjadi seorang penunggu setia. Aku menjadi seorang penunggu yang tiada jemu untuk terus menunggu. Aku menjadi seorang yang sentiasa berfikiran positive tentang hati dan perasaan. Aku menjadi seorang yang sentiasa berfikir tentang masa depan andai kami bersama-sama. Aku terlalu berfikir tentang keindahan yang hanya terdampar dalam khayalanku. Aku hanya berfikir tentang cinta dimana pengakhirannya adalah kebahagiaan dan bukannya kesengsaraan yang berterusan.
Dan sekarang, hati aku rasa lapang sedikit setelah meluahkan. Ya.. Aku mungkin tidak mampu untuk melupakan dia. Dia sentiasa berada dalam hatiku ini. Tetapi, aku tidaklah seperti sebelum-sebelum ini yang selalu menangis dan meratapi nasib kisah cintaku ini. Sekarang aku redha dengan segala ketentuan-Mu. Mungkin aku akan terfikir dan teringat tentang kisah cinta ini, tetapi aku akan cuba untuk melupakannya. Aku ingin menjadi diri sendiri yang sentiasa berjaga-jaga dengan hati daripada tercemar dengan perasaan yang tidak mampu aku tanggung sekarang ini.
Allah..kuatkanlah hatiku ini untuk menempuh segala ujian dan dugaan yang datang daripada-Mu. Berilah aku petunjuk yang boleh membantu aku untuk menghadapi segalanya yang datang daripada-Mu. Berilah aku kekuatan dan semangat dalam menjalani liku-liku kehidupan di dunia ini. Dunia yang serba mewah dan indahnya hanya pada pandangan mata..
Comments