Aku dilahirkan sebagai manusia biasa. Tidak pernah terlepas daripada membuat kesilapan dan kesalahan. Aku juga punya perasaan. Lagi pula aku seorang perempuan. Ini semuanya fitrah, lumrah kehidupan sebagai seorang perempuan. Aku dilahirkan dengan jiwa yang halus dan lembut. Walaupun kelakuanku, tingkah lakuku kelihatan ganas seperti lelaki, aku tetap seorang perempuan.
Ya, aku tahu ada sesetengah perempuan itu jiwanya tabah. Hatinya kental, tapi itu bukan aku. Aku ingin menjadi diri sendiri. Aku tidak mahukan perwatakan yang lain selain diriku ini. Allah betapa hebat dugaan-Mu. Kau menguji keimanku. Kau menguji ketaqwaanku. Allah, jika aku tidak kuat, aku pasti dan tersangatlah pasti bahawa aku ini akan meninggalkan dunia ini tanpa berfikir. Syukur kerana akalku masih berfungsi.
Oleh disebabkan itu, aku masih cuba berfikiran baik. Berfikir secara rasional segala tindakan yang akan aku ambil. Bercerita tentang jiwa, aku mempunyai sahabat. Mereka terlalu baik dan aku sedar siapa diri aku, tetapi mereka tidak kisah berkaawan denganku. Alhamdulillah. Hubungan kami semakin erat dan sampai suatu ketika, hubungan itu seakan rapuh menunggu masa untuk putus.
Serius aku katakan aku takut semua itu berlaku. Aku takut hidup sendirian di dunia ini. Hanya kerana aku mempunyai pengalaman pahit setelah ditinggalkan mereka iatu sahabat-sahabat aku, aku menjadi fobia untuk keseorangan. Aku tahu perasaan itu. Sakit, pedih, terluka dan perkataan yang paling aku tidak suka, tersisih.
Jadi aku di tempat baru ini ingin melupakan kisah semalam dengan membuka kisah yang baru. Walau bagaimana pun, aku tetap tidak boleh lari daripada perasaan aku yang mudah tersinggung. Aku cuba untuk bersabar sebab aku fikir mereka semua baik-baik belaka. Jadi aku tak sampai hati untuk melakukan kejahatan terhadap mereka. Akan tetapi, waktu-waktu yang sedang darurat ini, mereka sering bercakap seperti menjatuhkan aku.
Aku tahu aku siapa. Aku sedar aku ini tidak pandai seperti mereka. Aku sedar aku ini hanyalah kawan ketika gembira sebab aku tidak nampak langsung mereka ketika aku sedang berduka. Mereka sedarkah bahawa mereka telah menyakiti hatiku yang paling halus ini?? Allahu, pinjamkan aku kekuatan daripada-Mu. Izinkan aku untuk melepaskan rasa yang terbuku di hati.
Allhu, jika mereka tidak menginginkan aku lagi, aku rela mengundur diri. Hadirku di sisi mereka seperti melenyapkan segala keceriaan diwajah mereka. Aku minta maaf wahai sahabat. Aku tidak mampu untuk jadi kawan yang terbaik untuk kamu. Aku hanya mampu berdoa supaya kamu dikurniakan seorang sahabat yang akan berada di sisi kamu susah dan senang. Amiin..
Semoga kamu dirahmati oleh-Nya wahai sahabatku..

Comments