Skip to main content

Kenanganku, Kisahmu, Deritaku

Diri ini masih lagi bernafas di atas Bumi ciptaan Allah. Alhamdulillah. Dan aku di sini masih lagi mencari-cari erti sebenar sesuatu perkara yang dipanggil kehidupan.. Sebelum melangkah ke tempat yang baru, aku pasti, kita semua sebagai seorang manusia, telah dikurniakan suatu benda yang sangat berharga iaitu kenangan atau pun boleh dikenali juga sebagai memori..
berlariku mendapatkan semula kenangan yang telah pergi
Ya.. Aku juga begitu. Aku menjadi seperti sekarang atas pengalaman hidup aku yang lalu. Aku menjadi seperti hari ini kerana kenangan yang tercipta di masa silamku. Tapi aku tahu, tidak semua orang di masa sekarang ini tahu mengenai kisah aku. 

Ketahuilah sesuatu wahai sahabatku. Aku pun sama seperti engkau yang punya hati dan perasaan. Aku pun sama seperti engkau. Cuma engkau saja yang tidak mengetahui perihal dan duduk perkara yang sebenarnya. Jika engkau berkata sukar untuk melupakan si dia yang kau cinta, jika kau kata rindu pada seseorang yang engkau tidak tahu siapa dia, percayalah. Aku pernah merasai semua itu.

Sayangnya hanya satu. Engkau tidak tahu tentang itu. Tentang kenangan dan memori dukaku. Ingin aku ceritakan kepadamu tetapi aku rasa ianya seakan menambah beban pada bahumu. Biarlah aku saja yang mendengar kisah duka laramu. Aku redha walau tiada siapa yang tahu mengenai perasaanku, walau tiada siapa tahu siapa dihatiku, aku tetap bersama denganmu wahai sahabat..

Hanya satu yang ingin aku tekankan di sini. Janganlah kita menilai seseorang itu hanya daripada luarannya sahaja. Nilailah ia melalui dalamannya dan di situ mungkin kita akan bertemu dengan apa yang kita cari. 


Comments

Popular posts from this blog

Pengakhiran, Prasangka, Mentaliti

Pengakhiran yang tak dijangka. Siapa sangka benda baik boleh jadi jahat, dan benda jahat boleh jadi baik. Siapa sangka perangai dan perbuatan kita memberikan mereka yang memandang satu penilaian. Samaada baik atau jahat, semua itu terletak dalam hati setiap manusia. Kuasa Allah menentukan siapa dia di sisi-Nya. Tapi dia sendiri yang menentukan cara kehidupan dia. Corak kehidupan dia. Aku selalu baca novel, cerita2 cinta dan selalu tengok tv. Hahaha..biasalah manusia kalau dah bosan dia akan jadi macam aku. tp jika diteliti semula, aku hanya menghabiskan sisa hidup dengan sia2. Tapai, walaupun terasa sia2, aku tetap dapat input yang berguna dari benda aku baca, lihat dan dengar. Contohnya macam tadi. Aku aspek buku cerita yang aku baca tadi akan menemui happy ending tp sangkaan aku salah bila mana hero cerita tu mati. Dan baru ni, aku tengok tv cerita kifarah. Cerita yang membuatkan aku terfikir. Fikiran manusia ni semuanya tertumpu pada satu saja. Seorang salah, semua salah. Sedangk...

Kasihku Pada Siapa

Kasihku pada siapa? Itulah ceritaku pada pagi ini. Aku sedar aku sebagai pelajar harus menumpukan sepenuh perhatianku kepada pelajaran. Akan tetapi, aku ini manusia biasa yang tidak akan lari daripada permainan hati dan perasaan. Sudah masuk tiga tahun aku meletakkan satu nama dalam hatiku. Sudah terlalu lama nama itu bertapak di dalam hatiku. 3 tahun bukannya masa yang singkat untuk dilupakan dan ditinggalkan. Ianya mengambil masa yang terlalu lama untuk dibuang jauh daripada hidupku ini. Mungkin mulutku mampu untuk mengatakan bahawa aku sudah mampu lupakan dia tetapi hati aku sesekali tidak mampu untuk mengatakan kemampuan itu. Sebab aku tahu hati aku. Aku tahu apa yang tersirat di dalam hatiku. Selama 3 tahun ini aku menjadi seorang penunggu setia. Aku menjadi seorang penunggu yang tiada jemu untuk terus menunggu. Aku menjadi seorang yang sentiasa berfikiran positive tentang hati dan perasaan. Aku menjadi seorang yang sentiasa berfikir tentang masa depan andai kami bersama-...

Happy Ending!

Hai… Well baca tajuk pun dah tahu kita nak cerita pasal apa. Happy Ending! Apa orang selalu cakap, “Setiap kepayahan dan kesengsaraan pasti akan ada kebahagiaan yang menanti.” … Kalau nak diikutkan hati, memang betul pepatah tu. Kebahagiaan akan muncul lepas segala dugaan itu berlalu pergi. Bagi aku setiap cerita kita ada happy ending masing-masing. Cuma bergantung pada individu la untuk tentukan sama ada dia bahagia atau tidak dengan keadaan dia time tu. Tapi ada juga sesetengah daripada kita beranggapan yang happy ending ni hanya dalam novel. Hanya dalam filem or dalam imaginasi mereka. Anggapan seperti inilah yang boleh membunuh kita sebenarnya. Selalu fikir there is no happy ending in this world. Please, ni semua tak betul. Jangan terlalu berfikiran negatif terhadap diri sendiri.  Well, sometimes aku sendiri akan fikir benda yang sama macam mereka ni. But kita kena tahu, tak semua happy ending tu kita boleh nampak secara terus. Contoh, macam dalam novel, lastly mereka pun ...