Kasihku pada siapa? Itulah ceritaku pada pagi ini. Aku sedar aku sebagai pelajar harus menumpukan sepenuh perhatianku kepada pelajaran. Akan tetapi, aku ini manusia biasa yang tidak akan lari daripada permainan hati dan perasaan. Sudah masuk tiga tahun aku meletakkan satu nama dalam hatiku. Sudah terlalu lama nama itu bertapak di dalam hatiku. 3 tahun bukannya masa yang singkat untuk dilupakan dan ditinggalkan. Ianya mengambil masa yang terlalu lama untuk dibuang jauh daripada hidupku ini. Mungkin mulutku mampu untuk mengatakan bahawa aku sudah mampu lupakan dia tetapi hati aku sesekali tidak mampu untuk mengatakan kemampuan itu. Sebab aku tahu hati aku. Aku tahu apa yang tersirat di dalam hatiku. Selama 3 tahun ini aku menjadi seorang penunggu setia. Aku menjadi seorang penunggu yang tiada jemu untuk terus menunggu. Aku menjadi seorang yang sentiasa berfikiran positive tentang hati dan perasaan. Aku menjadi seorang yang sentiasa berfikir tentang masa depan andai kami bersama-...
When the fingers start to write, its come from the heart. When the fingers start to write, we don't need to speak. Just quiet and read this heart writing..