Skip to main content

Kisah Putih

Manusia.. Kita punya hati dan perasaan. Sama seperti haiwan. Mereka juga mempunyai hati dan perasaan. Bezanya kita dengan haiwan adalah akal. Tapi ianya tetap tidak lari daripada satu aspek iaitu hati. Kali ini saya membawa pembaca untuk menyelami kisah Putih, kucing peliharaan keluarga saya. Bukan kucing peliharaan saya tetapi keluarga. :')

Pada 3 tahun lepas, saya dan keluarga telah terlibat dengan kemalangan yang saya boleh kategori sebagai ngeri di Jementah. Jalan lama untuk pergi ke Segamat. Keadaan masa itu sangat cemas. Kelam-kabut dan segalanya. Ayah saya, tulang rusuknya retak. Atok dan emak saya pula patah kaki. Adik perempuan saya telah menerima jahitan di bibir kerana bibirnya terkoyak manakala adik lelaki saya yang ketiga telah menerima sebanyak 21 di kepala. Allahu, berat dugaan-Nya. Saya seperti hampir berputus asa tetapi saya kuat kerana saya tahu ada lagi orang yang lagi teruk mengalaminya. Tapi bukan kisah saya yang ingin saya tekankan. Kisah Putih dan kisahnya bermula dari sini.

Putih, dia datang selepas kami sekeluarga terlibat dengan kemalangan ngeri itu. Dia kucing luar. Saya rasa dia tidak bertuan. Jadi keluarga saya bela Putih. Kami namakan dia Putih kerana keputihan bulunya. Cantik dan berkilat. Jangan salah faham. Saya tidak berapa gemar dengan kucing. Saya geli apabila kucing bulu kucing terkena kaki saya tapi, saya suka kucing. Lagi-lagi anak kucing. hahaha..

Putih dia tidak tinggal di rumah kami. Dia seperti perantau. Dia hanya akan datang ketika kami sedang makan dan bersantai. Hahaha.. Pandai sungguh Putih ni. Semakin lama, adik lelaki saya yang ketiga itu menyatakan hasrat untuk memelihara Putih sepanjang masa. Jadi kami pun setuju dengan syarat adik saya itu harus menjaganya dengan baik. 

Selama beberapa tahun, Putih membesar dengan baik. Dia sangat manja dengan adik saya itu. Lepas adik saya dapat masuk ke asrama, ayah saya pula yang menjaga kebajikannya. Sampaikan emak saya mengatakan bahawa Putih itu salah satu daripada anak ayah saya. hahaha.. Marah sungguh ayah saya waktu itu. :')

Pada suatu hari, Putih pulang, kami lihat telinganya berdarah. Jadi kami sapukan dia ubat. Letak ubat gamat, letak minyak masak bekas goreng ikan dan macam-macam lagi. Pada mulanya sebelah saja yang kena tapi selepas letakkan ubat, telinga Putih semakin pulih. Walaubagaimana pun, ianya berjangkit ke telinga Putih yang sebelah lagi. 

Kami letakkan semula ubat yang sama kami pernah bagi pada Putih. Tapi tidak jalan malahan, ianya makin teruk. Pada awalnya, telinga Putih sekadar darah kering. Jadi kami fikir ianya mungkin darah daripada mana-mana tempat atau benda lain. Sebab Putih suka kejar burung yang bertenggek di tanah untuk mencari cacing. Jadi kami fikir ianya darah daripada buruannya. 

Semakin lama, semakin melarat sakit Putih. Ianya macam kudis yang memakan seluruh telinganya. Sekarang, telinga Putih dah hancur. Bukan setakat berdarah malahan, sudah bernanah. Putih yang dulu sudah tak sama dengan Putih yang sekarang. Putih sekarang sudah kurus. Bulunya yang dulu putih, sekarang sudah kotor dan berbau busuk. Kesian Putih.

Orang yang dulunya sayangkan Putih pergi meninggalkan Putih. "Putih ni busuklah. Dah..Pergi sanalah." Paling tidak pun, "Mak, Putih ni busuklah. Keluarkanlah dia.". Ya, saya tidak nafikan saya takut dengan kucing tapi satu hakikatnya, saya rasa tidak sanggup melihat Putih diusir keluaar dari rumah saya. Walaupun saya takut dengan Putih, saya kesiankan Putih. Dia sakit tapi kenapa semua orang buang Putih?

Dulu, semua orang sayang Putih. Semua orang puji Putih. Tapi bila Putih sakit, tiada seorang pun yang sanggup jaga Putih. Paling tidak pun, emak saja yang jaga Putih. Kesian. Sedih. Simpati aku jatuh pada Putih. Aku tahu dia sakit tapi aku tidak mampu untuk tolong Putih. Tiba-tiba aku rasa tidak sanggup kehilangan Putih. Dia sudah terlalu lama tinggal di sini. Ayah kata Putih dah nak mati. 

Ya Allah, kalau kematian itu boleh menghilang kesakitannya, aku redha dia mati. Aku tidak sanggup melihat kesakitan yang ditanggung oleh Putih. Jujur aku katakan yang aku tidak sanggup melihatnya menderita. Aku tahu Putih hanya menunggu masa saja. Aku harap aku ada di sisi Putih saat-saat dia diambang maut. Aku berharap sangat. Aku sayangkan Putih walupun hakikatnya aku tak pernah pegang Putih. 

:'(  kisah khas buat Putih.

Comments

Popular posts from this blog

Pengakhiran, Prasangka, Mentaliti

Pengakhiran yang tak dijangka. Siapa sangka benda baik boleh jadi jahat, dan benda jahat boleh jadi baik. Siapa sangka perangai dan perbuatan kita memberikan mereka yang memandang satu penilaian. Samaada baik atau jahat, semua itu terletak dalam hati setiap manusia. Kuasa Allah menentukan siapa dia di sisi-Nya. Tapi dia sendiri yang menentukan cara kehidupan dia. Corak kehidupan dia. Aku selalu baca novel, cerita2 cinta dan selalu tengok tv. Hahaha..biasalah manusia kalau dah bosan dia akan jadi macam aku. tp jika diteliti semula, aku hanya menghabiskan sisa hidup dengan sia2. Tapai, walaupun terasa sia2, aku tetap dapat input yang berguna dari benda aku baca, lihat dan dengar. Contohnya macam tadi. Aku aspek buku cerita yang aku baca tadi akan menemui happy ending tp sangkaan aku salah bila mana hero cerita tu mati. Dan baru ni, aku tengok tv cerita kifarah. Cerita yang membuatkan aku terfikir. Fikiran manusia ni semuanya tertumpu pada satu saja. Seorang salah, semua salah. Sedangk...

Kasihku Pada Siapa

Kasihku pada siapa? Itulah ceritaku pada pagi ini. Aku sedar aku sebagai pelajar harus menumpukan sepenuh perhatianku kepada pelajaran. Akan tetapi, aku ini manusia biasa yang tidak akan lari daripada permainan hati dan perasaan. Sudah masuk tiga tahun aku meletakkan satu nama dalam hatiku. Sudah terlalu lama nama itu bertapak di dalam hatiku. 3 tahun bukannya masa yang singkat untuk dilupakan dan ditinggalkan. Ianya mengambil masa yang terlalu lama untuk dibuang jauh daripada hidupku ini. Mungkin mulutku mampu untuk mengatakan bahawa aku sudah mampu lupakan dia tetapi hati aku sesekali tidak mampu untuk mengatakan kemampuan itu. Sebab aku tahu hati aku. Aku tahu apa yang tersirat di dalam hatiku. Selama 3 tahun ini aku menjadi seorang penunggu setia. Aku menjadi seorang penunggu yang tiada jemu untuk terus menunggu. Aku menjadi seorang yang sentiasa berfikiran positive tentang hati dan perasaan. Aku menjadi seorang yang sentiasa berfikir tentang masa depan andai kami bersama-...

Happy Ending!

Hai… Well baca tajuk pun dah tahu kita nak cerita pasal apa. Happy Ending! Apa orang selalu cakap, “Setiap kepayahan dan kesengsaraan pasti akan ada kebahagiaan yang menanti.” … Kalau nak diikutkan hati, memang betul pepatah tu. Kebahagiaan akan muncul lepas segala dugaan itu berlalu pergi. Bagi aku setiap cerita kita ada happy ending masing-masing. Cuma bergantung pada individu la untuk tentukan sama ada dia bahagia atau tidak dengan keadaan dia time tu. Tapi ada juga sesetengah daripada kita beranggapan yang happy ending ni hanya dalam novel. Hanya dalam filem or dalam imaginasi mereka. Anggapan seperti inilah yang boleh membunuh kita sebenarnya. Selalu fikir there is no happy ending in this world. Please, ni semua tak betul. Jangan terlalu berfikiran negatif terhadap diri sendiri.  Well, sometimes aku sendiri akan fikir benda yang sama macam mereka ni. But kita kena tahu, tak semua happy ending tu kita boleh nampak secara terus. Contoh, macam dalam novel, lastly mereka pun ...