Saat ini ingin sekali aku mengatakan rindu pada si dia. Ingin sekali aku datang kepadanya dan berbicara dengan si dia. Dalam fikiranku hanyalah dia. Dia segalanya untuk aku kerana aku sering kali memikirkan dirinya. Walau ku tahu yang dia tidak mengenali diriku. Tetapi di satu saat, terdetik dalam hatiku.
"Aku masih mempunyai emak dan ayah yang sentiasa ada di sisiku. Tidak kira susah mahu pun senang. Mereka mengharapkan aku untuk menunjukkan contoh terbaik buat adik-adikku yang lain. Allah besar sungguh impian dan harapan yang mereka harapkan daripada aku. Tetapi aku di sini masih lagi mencari-cari cinta. Mencari keseronokkan dan hiburan untuk diriku sendiri. Ya Allah mengapa aku tidak terfikir semua itu daripada dulu??"
Aku merupakan anak sulong dalam keluarga tetapi aku tidak menunjukkan langsung ciri-ciri anak sulong itu. Aku pemalas. Aku hanya tahu mengarah adik-adikku yang lain. Aku hanya tahu mengelat dan terus lari daripada melakukan tugas yang sepatutnya aku galas. Aku biarkan emak bertungkus lumus di dapur sendirian. Aku lebih rela menonton televisyen daripada berborak mesra dengan ayahku. Allah anak jenis apakah aku ini??
Saat aku sedar, aku tidak mampu untuk melakukannya lagi kerana aku berada jauh diperantauan. Tetapi apabila aku pulang ke rumah, kesedaran itu seakan hilang. Luput terus daripada hatiku ini. Allah.. mengapa begini jadinya.?? Aku ingin menjadi anak yang baik. Anak yang solehah. Anak mendengar kata-kata kedua-dua ibu bapanya. Aku ingin menjadi anak yang sentiasa berbakti untuk mereka. Allah apakah yang telah terjadi pada diriku ini?? Adakah sebab hatiku semakin hitam dan kelam?? Dan disebabkan itu aku menjadi seperti ini.
Allah, kuatkanlah hatiku ini. Berikanlah aku cahaya keimanan dalam hati supaya aku menjadi yang terbaik buat mereka. Aku ingin melihat mereka bahagia. Aku tidak mahu melihat mereka terus bersedih kerana sikapku ini. Allah izinkan aku untuk berbakti untuk mereka Ya Allah. Aku ingin bersama-sama dengan mereka selamanya. Sehingga akhir hayatku, aku mahu bersama-sama mereka. Merekalah sumber inspirasiku. Walaupun mereka ada kekurangannya, tetapi bagiku, merekalah sebaik-baik manusia yang aku miliki. Merekalah sebaik-baik manusia yang sentiasa ada bersama-samaku saat susah senangku. Merekalah yang selalu menjaga dan mendidik aku sampai aku mampu mencapai tahapku yang sekarang ini.
Terima kasih Ya Allah kerana telah mengurniakan aku seorang ibu dan seorang ayah yang sangat penyayang dan sangat memahami diriku ini.. Terima kasih untuk semuanya..
TERIMA KASIH EMAK
TERIMA KASIH AYAH
Terima kasih kerana telah melahirkan along di dunia ini. Terima kasih kerana sanggup menjaga along siang dan malam tanpa mengenal erti penat. Terima kasih kerana sanggup berhempas pulas kerja siang dan malam untuk membesarkan dan memberi nafkah untuk along.. TERIMA KASIH UNTUK SEGALANYA..
Diari hati daripada anakmu..Along
Comments