Dunia
aku, dunia tanpa bicara. Dunia aku, dunia penuh dengan tulisan dan imaginasi.
Penuh dengan angan-angan. Kisah aku bukan seperti Mat Jenin. Kisah aku penuh
dengan fantasi yang boleh membuatkan aku merasa bahagia. Dunia yang penuh
dengan gambar-gambar indah yang terakam di dalam memori aku.
Photography
bukan bidang aku. Bidang aku adalah penulisan. Hidup aku penuh dengan kata-kata
hikmah dan mutiara kata. Tetapi setiap detik yang berlalu membawa aku ke suatu
arah yang tidak aku sangka-sangkakan. Ya! Photography dan juga editing picture.
Dunia itu juga merupakan dunia tanpa bicara. Dunia aku, dunia penulisan iaitu
dunia tanpa bicara. Begitu juga dengan dunia photography. Dunia itu pun dunia
tanpa bicara. Dunia aku penuh dengan tulisan manakala dunia photography dunia
yang penuh dengan gambar. Dunia yang merakam segala keindahan dan memori-memori
manusia.
Suatu
saat nanti, aku teringin menjadi seorang photographer. Sebab dunia aku dunia
tanpa bicara. Photographer adalah karier yang membolehkan aku merasa aku
seperti di dunia tanpa bicara. Dunia yang tidak memerlukan pengucapan secara
zahir. Hanya melalui gambar yang aku rakamkan itu, aku luahkan dengan tulisan
aku. Dunia tanpa bicara, dunia yang penuh dengan tulisan dan gambar-gambar,
merakam dan meluahkan kata-kata tanpa perlu berbicara terus.
| gambar menceritakan perasaan tanpa disedari |
| tanpa kata aku memaknakan sesuatu melalui gambar |
Comments