Skip to main content

LELAKI

Well, actually banyak sangat perkara yang bermain dalam fikiran aku sekarang nie. Oh, before I start, hai semua!! Kahkahkahkah… Anyway, kenapa ye lelaki suka sangat gunakan kuasa veto yang ada pada diri dia orang ye? Terutamanya lelaki bernama suami and ayah. Apa yang bagus sangat dengan kuasa veto tu? Apa yang dia orang semua dapat sebenarnya? Oh, well!! Janganlah cakap yang aku ni anti dengan lelaki. NO WAY!! Hahahahaha… Tak lah. Aku tak anti dengan lelaki pun. I ada crush kot. And of course dia tu lelaki. Hehehe… Okey back to the topic. Hah, apa yang dia orang dapat kalau dia orang gunakan kuasa veto dia orang tu? Macam suami, aku faham dia orang adalah lelaki yang dijadikan untuk pimpin isteri dia menuju ke syurga bersama-sama. Dia adalah nakhoda kapal dalam berumah tangga. Emm.. betul ke ayat aku? hehe.. abaikan. Pokoknya dia adalah ketua dalam keluarga. Bila dah jadi ayah ketua untuk anak-anak pula. Jadi, disebabkan dia adalah ketua dalam keluarga, dia punya hak untuk menentukan masa depan anak-anaknya dan juga isterinya walaupun tanpa bertanya kepada tuan punya badan. Tetapi, adakah itu sesuatu yang adil? Emm, sometimes at certain situation memang aku tak kisah pun sebab benda tu dah hukum dalam Islam. Contohnya, ayah boleh kahwinkan anak perempuan mereka tanpa bertanyakan pada tuan badan. Tapi at certain point, aku rasa dia orang patut bagi sedikit kebebasan pada anak-anak untuk memilih. Contoh macam anak-anak nak masuk university, biar dia orang yang tentukan sendiri mana yang dia orang minat nak belajar. Jangan paksa anak-anak. Jika sebagai ayah, give them advice which one is better but its depends on themselves what they want to choose. Kan itu lagi mudah? Jadi, tak kan ada lagi anak-anak yang protes dengan ibu bapa mereka (depends on my opinion la). Itu bila aku pikir lelaki sebagai ayah. Kalau lelaki sebagai suami ni, lain pula cerita dia. Semua orang tahu isteri kena layan suaminya. But patut ke si suami menggunakan kuasa veto mereka untuk mengarah and bagi arahan pada sang isteri untuk menurut segala perintah mereka? Ye, aku faham yang suami ni harus dilayan. Sediakan makan pakai semua. Everything, semuanya isteri yang kena buat. Masak isteri, kemas rumah isteri, basuh baju isteri kena buat, jaga anak lagi. Habis tu lelaki cari nafkah je. Senangnya kerja. Aku tahu kerja ni penat. Penat otak. Tapi isteri pun tahu penat juga. Cuba kalau dapat isteri yang berkerja juga, aish, tak ke haru dia nak uruskan semua? Kalau yang suri rumah pun jangan pandang remeh. Dia orang ni selalu akan jadi tertekan bila asyik kena arah je. Sebab dia orang terperak je dekat rumah. Jadi suami ni tolonglah sikit-sikit. Jangan tahu nak mengarah je. “Masak air!” (dengan nada tinggi). Aish, cuba la masukkan perkataan ‘tolong’ tu. Lepas tu nada tu rendahkan sikit. Ni nak menengking je. Mau tak mengamuk si isteri? “Buatlah sendiri. Mengarah je tahu.” Hah! Kan dah kena. Tak salah pun yang lelaki ni rendahkan sedikit ego dia orang untuk cakap perkataan ‘tolong’ tu. Tak rugi apa pun. Malah, si isteri lagi senang dengan perkataan tu dan jadi lembut hati lepas seharian jaga anak-anak. Kekadang tu aku terfikir, lelaki-lelaki yang suka sangat mengarah orang ni, terutamanya suami, dia orang kahwin dengan isteri dia orang tu untuk apa? Semata nak isteri dia orang buat apa yang disuruh? Aish… tak faham aku. Aku nak tanya mak tapi aku senyap je. Tak sanggup pula nak tanya. Tapi mak ada pesan, “Dalam rumah tangga ni memang banyak sangat cabaran. Mak makan hati dengan perangai ayah, ayah pun makan hati dengan ayat pedas mak. Tapi satu je yang buat mak dengan ayah kekal sampai sekarang. Tolak ansur.” 

Comments

Popular posts from this blog

Pengakhiran, Prasangka, Mentaliti

Pengakhiran yang tak dijangka. Siapa sangka benda baik boleh jadi jahat, dan benda jahat boleh jadi baik. Siapa sangka perangai dan perbuatan kita memberikan mereka yang memandang satu penilaian. Samaada baik atau jahat, semua itu terletak dalam hati setiap manusia. Kuasa Allah menentukan siapa dia di sisi-Nya. Tapi dia sendiri yang menentukan cara kehidupan dia. Corak kehidupan dia. Aku selalu baca novel, cerita2 cinta dan selalu tengok tv. Hahaha..biasalah manusia kalau dah bosan dia akan jadi macam aku. tp jika diteliti semula, aku hanya menghabiskan sisa hidup dengan sia2. Tapai, walaupun terasa sia2, aku tetap dapat input yang berguna dari benda aku baca, lihat dan dengar. Contohnya macam tadi. Aku aspek buku cerita yang aku baca tadi akan menemui happy ending tp sangkaan aku salah bila mana hero cerita tu mati. Dan baru ni, aku tengok tv cerita kifarah. Cerita yang membuatkan aku terfikir. Fikiran manusia ni semuanya tertumpu pada satu saja. Seorang salah, semua salah. Sedangk...

Kasihku Pada Siapa

Kasihku pada siapa? Itulah ceritaku pada pagi ini. Aku sedar aku sebagai pelajar harus menumpukan sepenuh perhatianku kepada pelajaran. Akan tetapi, aku ini manusia biasa yang tidak akan lari daripada permainan hati dan perasaan. Sudah masuk tiga tahun aku meletakkan satu nama dalam hatiku. Sudah terlalu lama nama itu bertapak di dalam hatiku. 3 tahun bukannya masa yang singkat untuk dilupakan dan ditinggalkan. Ianya mengambil masa yang terlalu lama untuk dibuang jauh daripada hidupku ini. Mungkin mulutku mampu untuk mengatakan bahawa aku sudah mampu lupakan dia tetapi hati aku sesekali tidak mampu untuk mengatakan kemampuan itu. Sebab aku tahu hati aku. Aku tahu apa yang tersirat di dalam hatiku. Selama 3 tahun ini aku menjadi seorang penunggu setia. Aku menjadi seorang penunggu yang tiada jemu untuk terus menunggu. Aku menjadi seorang yang sentiasa berfikiran positive tentang hati dan perasaan. Aku menjadi seorang yang sentiasa berfikir tentang masa depan andai kami bersama-...

Happy Ending!

Hai… Well baca tajuk pun dah tahu kita nak cerita pasal apa. Happy Ending! Apa orang selalu cakap, “Setiap kepayahan dan kesengsaraan pasti akan ada kebahagiaan yang menanti.” … Kalau nak diikutkan hati, memang betul pepatah tu. Kebahagiaan akan muncul lepas segala dugaan itu berlalu pergi. Bagi aku setiap cerita kita ada happy ending masing-masing. Cuma bergantung pada individu la untuk tentukan sama ada dia bahagia atau tidak dengan keadaan dia time tu. Tapi ada juga sesetengah daripada kita beranggapan yang happy ending ni hanya dalam novel. Hanya dalam filem or dalam imaginasi mereka. Anggapan seperti inilah yang boleh membunuh kita sebenarnya. Selalu fikir there is no happy ending in this world. Please, ni semua tak betul. Jangan terlalu berfikiran negatif terhadap diri sendiri.  Well, sometimes aku sendiri akan fikir benda yang sama macam mereka ni. But kita kena tahu, tak semua happy ending tu kita boleh nampak secara terus. Contoh, macam dalam novel, lastly mereka pun ...