Cinta..Apa itu cinta? Kadang-kala kita keliru apa yang
dimaksudkan dengan cinta. Cinta tak semestinya antara lelaki dan perempuan. Cinta
ada banyak jenis. Cinta kepada Allah, cinta kepada keluarga, cinta antara
sahabat, cinta kepada haiwan dan macam-macam lagi. Cinta itu adalah perasaan
yang lahir dari dalam hati kita. Cinta itu tulus. Cinta perlukan keikhlasan.
Cinta perlukan kasih sayang. Cinta adalah suatu anugerah Allah buat kita. Orang
jahat pun tak akan dapat lari daripada perasaan cinta ini. Sebab cinta ini
adalah lumrah kehidupan.
Tapi, dunia sekarang banyak mengaitkan cinta antara lelaki
dan perempuan. Mereka tidak sedar bahawa cinta punya banyak segi. Banyak jenis
dan punya banyak aspek. Dan cinta sekarang juga, sering kali mengaitkan dengan
cinta yang negatif. Kita ambil daripada perspektif yang sering terjadi antara
lelaki dan perempuan. Misalnya, kisah cinta yang tidak kesampaian. Kisah ini
boleh membuatkan seseorang itu berada dalam kemurungan yang melampau jika dia
terlalu cintakan seseorang itu. Mungkin juga boleh membawa maut untuk mereka
yang tidak punya iman di hati. Satu yang ingin saya kongsikan, ingatlah tak
semua yang kita impikan itu kita akan dapat dan tak semua yang kita tidak
ingankan itu adalah benda malang buat kita. Lihatlah dari sudut yang berbeza.
Carilah cinta Allah dahulu sebelum kita membicarakan soal hati dan perasaan
antara manusia lelaki dan perempuan.
Cinta kepada Allah adalah yang paling bermakna dalam hidup
kita sebenarnya. Cinta yang kekal abadi. Allah terlalu sayangkan hamba-Nya. DIA
jadikan kita sebagai manusia punya hati dan perasaan. Punya akal untuk berfikir
baik dan buruknya sesuatu perkara. Allah jadikan kita sempurna anggota badan
dan kesihatan untuk kita sentiasa sihat supaya kita boleh melakukan
perintah-Nya. Allah cintakan kita sebagai hamba-Nya. Dan Rasulullah juga
sayangkan kita sebagai umatnya. Kisah dimana Baginda menyebut ‘Umatku’ sebanyak
3 kali itu menyentuh hati semua yang berada disamping Baginda.
Jadi, cinta tidak semestinya cinta darah muda iaitu antara
lelaki dan perempuan. Cinta boleh jadi banyak. Cinta kepada Allah adalah cinta
yang perlu kita cari dahulu sebelum menyintai insan bernama manusia. Makhluk
ciptaan Allah.
![]() |
| Carilah cinta Allah sepnjang hidup di dunia. Cinta Allah itu cinta yang kekal abadi. |

Comments