Entah kenapa perasaan ini jadi begini. Aku persoalkan kepada-Nya. Ya Allah , kenapa aku harus ada perasaan macam ni? Tapi, aku hanya terdiam selepas itu. Aku terfikir the reason why.
Perasaan itu kan anugerah Allah. Kenapa aku harus persoalkan? Kenapa? Itulah sofat manusia yang tak pernah bersyukur dengan segala nikmat yang telah diberikan.
And aku baca satu novel ni, dalam tu dia cerita kalau seseorang itu tak mampu nak terima hakikat dan takdir yang ditentukan oleh Allah, sama macam dia menolak takdir Allah. Sama macam dia menolak kewujudan Allah dalam hidup dia. Ya Allah, betapa aku begitu.
Ya Allah, ampunkan aku. Bukan niatku untuk menolak kewujudan Engkau. Aku lalai dalam menjaga hati ini. Ya Allah, bantulah aku dalam menerima segala ketentuan-Mu.
Perasaan, aku teringin nak menangis tapi entah kenapa aku susah nak melepaskan tangisan tu. Aku rasa sakit. Aku rasa seksanya perasaan itu tapi aku tahan daripada mengalirkan airmata sebab aku selalu berdoa pada Allah supaya berikan aku ketabahan. Ya Allah, terima kasih kerana memakbulkan doaku. Terima kasih Allah.
Comments