Skip to main content

I Keep The Promise

Lelaki : Awak tak kisah ke kena tunggu saya lama macam tu?
Perempuan : Awak janganlah risau. Saya tak kisahlah. Lagi pun that is the advantage for me. (senyum)
Lelaki : Maksud awak?(risau)
Perempuan : Hahaha... Awak janganlah takut. Saya bukannya lari or cari orang lain lah. Saya just nak awak focus on your study first. Lagi pun saya nak kerja dulu. Saya nak cari duit dulu. Nak bagi mak dengan ayah rasa duit gaji saya dulu barulah saya kahwin dengan awak.
Lelaki : Tapi…
Perempuan : Awak, jangan risaulah. Awakkan dah jumpa mak dengan ayah saya. Saya ingat janji saya dekat awak. Kita sama-sama doa ya?
Lelaki : Yelah. Saya percayakan awak. Awak mesti nak rasa kerja and duit gaji awak dengan ijazah awakkan? (perempuan angguk) So, maknanya nanti awak akan berhenti kerjalah bila dah kahwin dengan saya?
Perempuan : Awak nak saya berhenti ke? (nada sayu)
Lelaki : Kalau saya tak bagi awak kerja?
Perempuan : Emm… Tak apalah kalau dah awak tak bagi, saya ikut jelah. (nada kecewa)
Lelaki : Hahahaa… Awak percaya ke saya tak bagi awak kerja?
Perempuan : Awak ni kan, tak baik tahu buat saya macam ni.
Lelaki : Hahaha… Saya saja nak test awak. Dah, janganlah marah. Saya gurau je. Lagipun tak kan lah saya tak nak bagi awak kerja. Awak dah berpenat-lelah dapatkan ijazah ni, tak kan nak sia-siakan.
(perempuan tersenyum)

********
Setahun kemudian
Lelaki : Awak, saya rasa majlis kita ni macam kena tangguh saja.
Perempuan : Betul tu. Saya pun dapat rasakan benda yang sama. Mak dengan ayah saya dah tak larat. Saya takut tak ada orang yang boleh jaga dia orang. Adik-adik saya still study lagi. Tak ada siapa nak tanggung melainkan saya.
Lelaki : Adik lelaki awak yang bawah awak tu?
Perempuan : Awak tahukan perangai dia macam mana? Saya tak jamin dia mampu jaga mak dengan ayah saya.
Lelaki : Hmmm… Betul juga. Saya pun tak ada siapa nak jaga ayah saya tu. Dah uzur sangat saya tengok. Saya risaukan dia lah.
Perempuan : Emm… Macam nilah. Apa kata, kita settle kan dulu hal family masing-masing. Lepas tu, baru kita kahwin. Boleh ke awak?
Lelaki : Saya rasa lebih baik macam tu. At least kita sentiasa di samping oranng tua kita. Betul tak?
(perempuan mengangguk kepala)

*******
Lepas beberapa tahun,
Perempuan : Saya tak boleh kahwin dengan awak. Saya tak layak untuk awak.
Lelaki : Apa maksud awak?
Perempuan : Saya dah ada orang lain. Jangan cari saya lagi lepas ni.
Lelaki : Saya tak percaya. Awak dah janji dengan saya yang awak akan tunggu saya. Mana janji awak?
Perempuan : Manusia pun berubah awak. (terus berlalu pergi dari situ)
(lelaki terduduk sambil mengusap rambut)

*******
Hari persandingan adik perempuan yang terakhir.
Adik si perempuan : Akak, ada orang nak jumpa akak.
Perempuan : Siapa?
Adik si perempuan : Dia ada dekat dalam rumah. Akak pergilah. Biarlah adik layan tetamu.
Perempuan : Tapi awak tu kan pengantinnya. Apa pula nak layan tetamu? Dah. Pergi cakap dekat dia suruh datang sini.
Adik si perempuan : Akak, janganlah degil. Adik sebagai pengantin kan kena beramah-mesra juga. (perempuan tersenyum)
Perempuan : Ya encik? Ada apa-apa yang boleh saya bantu ke? Adik saya kata encik nak jumpa saya?
Lelaki : Ya. Saya nak jumpa dengan awak. (pusing menghadap perempuan)
Perempuan : (terkejut) Awak buat apa dekat sini? Saya… Saya…
Lelaki : Saya tahu dah apa yang berlaku. Awak tak sampai hati nak tinggalkan adik—adik awak. Sebab tu awak buat semua ni. Awak hancurkan hati saya supaya awak teruskan uruskan segala keperluan adik-adik awak kan?
Perempuan : Tak! Tekaan awak tu semuanya salah. Saya…
Lelaki : Awak tak kahwin lagi kan?
Perempuan : Saya dah katakan, saya dah kahwin.
Lelaki : Mana husband awak?
Perempuan : Erk… Erk…
Lelaki : Awak, sudi tak awak jadi isteri saya yang sah? Permaisuri hati saya selamanya. Ibu kepada anak-anak saya dan nenek kepada cucu-cucu saya kelak?
Perempuan : Erk… Erk… Saya…
Adik si perempuan : Akak, terimalah. Saya dan adik-adik akak yang lain dah besar. Kami tahu jaga diri kami. Akak dah banyak berbakti untuk kami. Kami pun dah ada pasangan masing-masing. Kalau dulu akak jaga kita orang, sekarang ni, biarlah kita orang yang jaga akak pula.
Perempuan : Tapi…
Adik si perempuan : Akak janganlah risau. Kami semua akan bahagia kalau akak pun bahagia.
Lelaki :So, awak terima ke tidak tawaran saya yang mahal ni?
Perempuan : Awak buat tawaran tu hanya untuk saya seorang je ke?
Lelaki : Awak nak ramai-ramai ke?
Perempuan : Eh! Tak nak. (senyum malu-malu)
Lelaki : Terima kasih sebab terima saya.
Perempuan : Terima kasih sebab sanggup tunggu saya bertahun-tahun lamanya.

Lelaki : Sebab awak dah janji dengan saya yang awak akan tunggu saya. So, I keep that promises. (perempuan tersenyum bahagia)

and i see you in my eyes. you're my bride and i'll be your groom

Comments

Popular posts from this blog

Pengakhiran, Prasangka, Mentaliti

Pengakhiran yang tak dijangka. Siapa sangka benda baik boleh jadi jahat, dan benda jahat boleh jadi baik. Siapa sangka perangai dan perbuatan kita memberikan mereka yang memandang satu penilaian. Samaada baik atau jahat, semua itu terletak dalam hati setiap manusia. Kuasa Allah menentukan siapa dia di sisi-Nya. Tapi dia sendiri yang menentukan cara kehidupan dia. Corak kehidupan dia. Aku selalu baca novel, cerita2 cinta dan selalu tengok tv. Hahaha..biasalah manusia kalau dah bosan dia akan jadi macam aku. tp jika diteliti semula, aku hanya menghabiskan sisa hidup dengan sia2. Tapai, walaupun terasa sia2, aku tetap dapat input yang berguna dari benda aku baca, lihat dan dengar. Contohnya macam tadi. Aku aspek buku cerita yang aku baca tadi akan menemui happy ending tp sangkaan aku salah bila mana hero cerita tu mati. Dan baru ni, aku tengok tv cerita kifarah. Cerita yang membuatkan aku terfikir. Fikiran manusia ni semuanya tertumpu pada satu saja. Seorang salah, semua salah. Sedangk...

Kasihku Pada Siapa

Kasihku pada siapa? Itulah ceritaku pada pagi ini. Aku sedar aku sebagai pelajar harus menumpukan sepenuh perhatianku kepada pelajaran. Akan tetapi, aku ini manusia biasa yang tidak akan lari daripada permainan hati dan perasaan. Sudah masuk tiga tahun aku meletakkan satu nama dalam hatiku. Sudah terlalu lama nama itu bertapak di dalam hatiku. 3 tahun bukannya masa yang singkat untuk dilupakan dan ditinggalkan. Ianya mengambil masa yang terlalu lama untuk dibuang jauh daripada hidupku ini. Mungkin mulutku mampu untuk mengatakan bahawa aku sudah mampu lupakan dia tetapi hati aku sesekali tidak mampu untuk mengatakan kemampuan itu. Sebab aku tahu hati aku. Aku tahu apa yang tersirat di dalam hatiku. Selama 3 tahun ini aku menjadi seorang penunggu setia. Aku menjadi seorang penunggu yang tiada jemu untuk terus menunggu. Aku menjadi seorang yang sentiasa berfikiran positive tentang hati dan perasaan. Aku menjadi seorang yang sentiasa berfikir tentang masa depan andai kami bersama-...

Happy Ending!

Hai… Well baca tajuk pun dah tahu kita nak cerita pasal apa. Happy Ending! Apa orang selalu cakap, “Setiap kepayahan dan kesengsaraan pasti akan ada kebahagiaan yang menanti.” … Kalau nak diikutkan hati, memang betul pepatah tu. Kebahagiaan akan muncul lepas segala dugaan itu berlalu pergi. Bagi aku setiap cerita kita ada happy ending masing-masing. Cuma bergantung pada individu la untuk tentukan sama ada dia bahagia atau tidak dengan keadaan dia time tu. Tapi ada juga sesetengah daripada kita beranggapan yang happy ending ni hanya dalam novel. Hanya dalam filem or dalam imaginasi mereka. Anggapan seperti inilah yang boleh membunuh kita sebenarnya. Selalu fikir there is no happy ending in this world. Please, ni semua tak betul. Jangan terlalu berfikiran negatif terhadap diri sendiri.  Well, sometimes aku sendiri akan fikir benda yang sama macam mereka ni. But kita kena tahu, tak semua happy ending tu kita boleh nampak secara terus. Contoh, macam dalam novel, lastly mereka pun ...