Rindu. Itu yang terungkap bila aku berdepan
dengan dia. Aku bukannya menjauhkan diri daripadanya. Tapi dia dah lain. Aku rindu.
Aku rindukan dia yang dulu. Yang periang dan ramah dengan semua orang bukan
yang sekarang. Keramahannya tidak kepada semua tetapi memilih. Aku tak tahulah
sama ada itu hanya pandangan mata aku atau apa. Tapi aku yakin yang dia sedang
berubah. Tiada agi gelak tawa kami bersama-sama. Dia sibuk dengan kerjanya. Aku
pula sibuk dengan kerja aku. Aku tidak mengerti kenapa ini semua terjadi. Aku
ingin dia bersama-sama dengan aku semula. Aku tak minta lebih pun. Cuma diri
dia yang sebenar dan yang sebelum ini. Dia jarang bersama-sama kami sampai aku
lupa yang aku ada lagi seseorang dalam hidup aku ini.
Rindu! Aku rindukan dia. Terlalu lama aku rasakan
yang kami jarang berborak panjang. Kalau ada pasti salah seorang daripada kami
akan mengejar masa. Ya Allah, aku rindukan dia. Aku rindukan keakraban kami
suatu waktu dahulu. Gelak tawa kami bersama-sama yang boleh menggegarkan blok
kediaman kami, makan bersama-sama. Cerita bersama. Berkongsi suka dan duka bersama.
Tapi sekarang dia dah lain. Dia dah tak nak cerita masalah dia pada aku lagi.
Kalau Allah rindu hamba-Nya merintih kepada-Nya, aku pun rindukan dia untuk
selalu berkongsi cerita dengan aku. Mungkin pada mata dia, aku dan yang
lain-lain tak support dia. Tapi hakikatnya, dia tak nampak semua itu. Hakikat
yang dia pandang hanya melalui pandangan luaran sahaja. Ya Allah, sampaikan
salam rinduku padanya dan kekalkanlah ikatan persahabatan yang terbina ini
kekal hingga ke Jannah-Mu.
| missing and miss |
| please tell me that you also miss me |
Comments