Skip to main content

Marah Mengarut

Apa yang kau dapat kalau hari-hari menghadap benda sama yang langsung tak ada kaitan dengan scope kerja kau? Penatkan? Benda kecik, simple pun boleh jadi issues yang sangat besar kalau tak kena dengan apa sepatutnya kau buat. Ye! Aku tahu mana salah aku, mana silap aku. Tapi kau tak perlu untuk malukan aku depan semua orang. Kau ingat kau buat macam tu, kau bagus sangat ke? Kau pun cuma makan gaji dekat sini. So, buat cara makan gaji. Makan gaji dengan cara halal. Bukan dengan makan duit haram. Bagi rules sesuka hati. Bagi kerja which is not in our job scope. Cehh... Yang atasan macam hampeh, yang kaki bodek pun satu hal gak. Dah lah kaki bodek, kaki kipas. Lepas tu, bila orang cakap kau macam tu, tahu pula marah tak tentu pasal. Acah nak suruh orang pujuk macam apa je. Please la. Aku paling benci jumpe orang macam tu. Kalau dah keluar true colour of yours, please laaa.. Pandai-pandai la. Tak yah la over sangat. Aishhh... Aku rasa marah sangat sampai aku rasa nak nangis kot. Rasa macam sampah je orang buat. Please appreciate sikit kerja orang. Tu untuk orang atasan la. Untuk yang kaki bodek, kaki kipas, please... Bulan puasa kot.. Kau rasa kau boleh hidup ke dengan bodek orang semua tu? Kau ingat kau comel? Tak yah nak perasan sangat. Tak payah nak bangga sangat dengan kau punya kecantikan FAKE kau tu... Tak kekal lama la. Lama-lama kau mati gak. Muka kau tu hadap benda yang sama aku hadap la. See!! Sebab tu la aku tak suka once orang dah buat aku marah, semua orang aku akan marah. Tempias kena dekat orang lain. Damnnn!!!! Orang tengok pun macam bangang nyer la kau ni. Benda kecik pun kau nak marah. Weh, aku tak tahan sih.. Aku dah simpan lama kot. Tu yang jadi macam ni. Rasa marah yang sampai boleh buat aku nangis. Sampai boleh buat aku merepek meraban macam sekarang ni. Entah ape bend la yang aku tulis. Aku pun tak tahu apa benda yang aku tulis. Aku pun rasa macam nak lempang diri aku sendiri. Aku tak boleh nak hadap muka dia dah. Aku rasa nak marah, rasa berasap, rasa berapi je tengok muka dia. 

Comments

Popular posts from this blog

Pengakhiran, Prasangka, Mentaliti

Pengakhiran yang tak dijangka. Siapa sangka benda baik boleh jadi jahat, dan benda jahat boleh jadi baik. Siapa sangka perangai dan perbuatan kita memberikan mereka yang memandang satu penilaian. Samaada baik atau jahat, semua itu terletak dalam hati setiap manusia. Kuasa Allah menentukan siapa dia di sisi-Nya. Tapi dia sendiri yang menentukan cara kehidupan dia. Corak kehidupan dia. Aku selalu baca novel, cerita2 cinta dan selalu tengok tv. Hahaha..biasalah manusia kalau dah bosan dia akan jadi macam aku. tp jika diteliti semula, aku hanya menghabiskan sisa hidup dengan sia2. Tapai, walaupun terasa sia2, aku tetap dapat input yang berguna dari benda aku baca, lihat dan dengar. Contohnya macam tadi. Aku aspek buku cerita yang aku baca tadi akan menemui happy ending tp sangkaan aku salah bila mana hero cerita tu mati. Dan baru ni, aku tengok tv cerita kifarah. Cerita yang membuatkan aku terfikir. Fikiran manusia ni semuanya tertumpu pada satu saja. Seorang salah, semua salah. Sedangk...

Kasihku Pada Siapa

Kasihku pada siapa? Itulah ceritaku pada pagi ini. Aku sedar aku sebagai pelajar harus menumpukan sepenuh perhatianku kepada pelajaran. Akan tetapi, aku ini manusia biasa yang tidak akan lari daripada permainan hati dan perasaan. Sudah masuk tiga tahun aku meletakkan satu nama dalam hatiku. Sudah terlalu lama nama itu bertapak di dalam hatiku. 3 tahun bukannya masa yang singkat untuk dilupakan dan ditinggalkan. Ianya mengambil masa yang terlalu lama untuk dibuang jauh daripada hidupku ini. Mungkin mulutku mampu untuk mengatakan bahawa aku sudah mampu lupakan dia tetapi hati aku sesekali tidak mampu untuk mengatakan kemampuan itu. Sebab aku tahu hati aku. Aku tahu apa yang tersirat di dalam hatiku. Selama 3 tahun ini aku menjadi seorang penunggu setia. Aku menjadi seorang penunggu yang tiada jemu untuk terus menunggu. Aku menjadi seorang yang sentiasa berfikiran positive tentang hati dan perasaan. Aku menjadi seorang yang sentiasa berfikir tentang masa depan andai kami bersama-...

Happy Ending!

Hai… Well baca tajuk pun dah tahu kita nak cerita pasal apa. Happy Ending! Apa orang selalu cakap, “Setiap kepayahan dan kesengsaraan pasti akan ada kebahagiaan yang menanti.” … Kalau nak diikutkan hati, memang betul pepatah tu. Kebahagiaan akan muncul lepas segala dugaan itu berlalu pergi. Bagi aku setiap cerita kita ada happy ending masing-masing. Cuma bergantung pada individu la untuk tentukan sama ada dia bahagia atau tidak dengan keadaan dia time tu. Tapi ada juga sesetengah daripada kita beranggapan yang happy ending ni hanya dalam novel. Hanya dalam filem or dalam imaginasi mereka. Anggapan seperti inilah yang boleh membunuh kita sebenarnya. Selalu fikir there is no happy ending in this world. Please, ni semua tak betul. Jangan terlalu berfikiran negatif terhadap diri sendiri.  Well, sometimes aku sendiri akan fikir benda yang sama macam mereka ni. But kita kena tahu, tak semua happy ending tu kita boleh nampak secara terus. Contoh, macam dalam novel, lastly mereka pun ...