Skip to main content

Mature ke??

Setelah lama aku tak update, hari ni tiba-tiba rasa macam nak update something. Emm.. Topic hari ni bukannya bagus sangat pun. Biasa je. Macam aku la.. Biasa-biasa aja. Hahahaha.. Hambar eh? Okeyy...Okey.. Straight to the point la senang cerita..

Emmm.. You know what? Aku sekarang ni dah tua.. Umur pun nak ikut kan memang orang kata dah boleh kawin la. Tapi perangai aku tak sama macam umur aku. Yeah.. You know what I mean right? Yes! Kematangan... Maturity... in English. LOL... Nak jugak in English tu. Mostly member-member aku semua sangat mature. From my view laa.. No, dia orang ni perangai gila-gila macam aku jugak tapi at certain part, dia orang is the most people yang lagi mature dari aku. For your information, mostly member-member aku ni umur dia orang lagi muda dari aku. Dekat university, dekat tempat intern, mostly semuanya muda dari aku. So, perangai aku, perwatakan aku biasanya terpengaruh dengan dia orang ni semua. Hahahaha... Aku ni dah la senang terpengaruh. Emm... Kesian betul. Tapi sekarang ni aku nak cerita pasal mature. Apa kaitan dengan perangai dan umur dia orang kan? Macam ni, senang cerita, maturity ni bukannya bergantung pada umur seseorang tu. Tak semestinya dia dah tua, dia tu matang. Tak! Ada juga orang yang dah tua (macam aku la) tapi still fikiran macam budak-budak. Emm.. Bagi aku umur tu bukannya satu alasan or halangan untuk kau be mature or not. Sometimes, seorang budak kecik pun boleh jadi sangat mature. Sebab pengalaman hidup dia orang. So, janganlah pandang rendah sangat dengan dia orang. Biasanya orang yang hidup susah akan jadi sangat mature sebab dia nampak kepayahan di depan mata dia. Plus, siapa yang duduk dekat asrama mesti akan berfikiran matang. Sebab dia ada ilmu lebih sikit dari budak sekolah harian biasa ni. Aish.. rasa macam tipikal sangat otak aku sekarang ni. Budak asrama je, mature. Budak susah je, mature. Habis tu orang macam aku ni? Apa nak jadi? Well, ni apa yang aku fikirkan. Semua orang ada fikiran masing-masing. Ada pandangan masing-masing. So, jangan kecam saya okey? Hahahahaha...

Macam aku cakap, semua orang ada pandangan masing-masing. Ada pendapat masing-masing. And aku pun ada reason aku tersendiri kenapa aku jadi macam tu. Tak mature. Aku ni anak sulung daripada 6 orang adik-beradik. And I still have sibling yang masih bersekolah. So, aku tak nak antara aku dengan adik-adik aku yang dah bersekolah tu ada gap yang besar. That's why aku macam ni. Tak mature. Tapi sometimes, aku mature juga. Depends on situation la... At certain part kita kena jadi mature. Nak atau tidak, kita kena. Biasanya dalam nak buat keputusan dalam hidup. Tentang masa depan, kita kena fikir banyak benda. Hah! Dekat situasi ni, kau kena be mature sebab benda ni melibatkan hidup kau. Contoh paling senang, kahwin. Kalau nak kahwin, mesti kita kena fikir banyak benda. Tak akan nak kahwin bodoh-bodoh kan? Dah kahwin lepas tu cerai. Tak nak kan? Sebab tu la datangnya kematangan dalam berfikir dekat situation ni. Begitu la. Mudah nak cakap pasal mature ni. Tapi susah nak buat sebab melibatkan hati dan akal fikiran. Kalau ikut hati, mati. Kalau ikut akal, maybe you do the right thing in life. Tu je... Okey la, nak pegi kerja ni. Jumpa lagi di masa akan datang.

Comments

Popular posts from this blog

Pengakhiran, Prasangka, Mentaliti

Pengakhiran yang tak dijangka. Siapa sangka benda baik boleh jadi jahat, dan benda jahat boleh jadi baik. Siapa sangka perangai dan perbuatan kita memberikan mereka yang memandang satu penilaian. Samaada baik atau jahat, semua itu terletak dalam hati setiap manusia. Kuasa Allah menentukan siapa dia di sisi-Nya. Tapi dia sendiri yang menentukan cara kehidupan dia. Corak kehidupan dia. Aku selalu baca novel, cerita2 cinta dan selalu tengok tv. Hahaha..biasalah manusia kalau dah bosan dia akan jadi macam aku. tp jika diteliti semula, aku hanya menghabiskan sisa hidup dengan sia2. Tapai, walaupun terasa sia2, aku tetap dapat input yang berguna dari benda aku baca, lihat dan dengar. Contohnya macam tadi. Aku aspek buku cerita yang aku baca tadi akan menemui happy ending tp sangkaan aku salah bila mana hero cerita tu mati. Dan baru ni, aku tengok tv cerita kifarah. Cerita yang membuatkan aku terfikir. Fikiran manusia ni semuanya tertumpu pada satu saja. Seorang salah, semua salah. Sedangk...

Kasihku Pada Siapa

Kasihku pada siapa? Itulah ceritaku pada pagi ini. Aku sedar aku sebagai pelajar harus menumpukan sepenuh perhatianku kepada pelajaran. Akan tetapi, aku ini manusia biasa yang tidak akan lari daripada permainan hati dan perasaan. Sudah masuk tiga tahun aku meletakkan satu nama dalam hatiku. Sudah terlalu lama nama itu bertapak di dalam hatiku. 3 tahun bukannya masa yang singkat untuk dilupakan dan ditinggalkan. Ianya mengambil masa yang terlalu lama untuk dibuang jauh daripada hidupku ini. Mungkin mulutku mampu untuk mengatakan bahawa aku sudah mampu lupakan dia tetapi hati aku sesekali tidak mampu untuk mengatakan kemampuan itu. Sebab aku tahu hati aku. Aku tahu apa yang tersirat di dalam hatiku. Selama 3 tahun ini aku menjadi seorang penunggu setia. Aku menjadi seorang penunggu yang tiada jemu untuk terus menunggu. Aku menjadi seorang yang sentiasa berfikiran positive tentang hati dan perasaan. Aku menjadi seorang yang sentiasa berfikir tentang masa depan andai kami bersama-...

Happy Ending!

Hai… Well baca tajuk pun dah tahu kita nak cerita pasal apa. Happy Ending! Apa orang selalu cakap, “Setiap kepayahan dan kesengsaraan pasti akan ada kebahagiaan yang menanti.” … Kalau nak diikutkan hati, memang betul pepatah tu. Kebahagiaan akan muncul lepas segala dugaan itu berlalu pergi. Bagi aku setiap cerita kita ada happy ending masing-masing. Cuma bergantung pada individu la untuk tentukan sama ada dia bahagia atau tidak dengan keadaan dia time tu. Tapi ada juga sesetengah daripada kita beranggapan yang happy ending ni hanya dalam novel. Hanya dalam filem or dalam imaginasi mereka. Anggapan seperti inilah yang boleh membunuh kita sebenarnya. Selalu fikir there is no happy ending in this world. Please, ni semua tak betul. Jangan terlalu berfikiran negatif terhadap diri sendiri.  Well, sometimes aku sendiri akan fikir benda yang sama macam mereka ni. But kita kena tahu, tak semua happy ending tu kita boleh nampak secara terus. Contoh, macam dalam novel, lastly mereka pun ...