Penampilan dia comot but for me that’s cool. Mata aku tak
lepas memandang dia dari jauh. Kulit putih tapi tak adalah putih sangat. Muka
pun not bad. Tapi apa yang menarik minat aku, mata dia yang diselindungkan
sebalik topi yang dipakainya.
What the hell? Dari mata turun ke hati? No way man!
Hancur aku punya pendirian diri. Dalam hati aku, “Aish… Hati ni pun satu hal
la. Dah menggedik sangat nak jatuh cinta dengan mamat ni kenapa pulak?” Aku
hanya menggaru kepala yang tidak gatal.
“My name is Nasril. Boleh panggil Nas. Third year
student.” Dia bersuara memperkenalkan diri dan aku hanya mengangguk. Lembutnya
suara dia. Sedap saja telingaku mendengarnya. Apa yang aku perasan dia ni sopan
dan nampak sangat pemalu. terutamanya dengan perempuan. Yes, nice!
“Dapat tak?” Dia bertanya kepadaku
“Tak dapat la.” Aku menjawab sambil mengangkat tangan.
dia berjalan ke arahku. Dup dab dup dab.
“Yang mana?”
“Coding ni yang mana satu nak kena split?”
“Dekat bawah <tr>. Dah run homepage?”
“Dah. Homepage boleh bukak tapi tak boleh nak link kat
another page utk update tu.”
“Okey, cuba buka balik coding awak tadi.” Aku menunjukkan
coding yang dia mahukan.
“Emm… Should be yang ni single-code bukan double-code.”
Dia menunjukkan di mana kesalahanku.
“Owh..!! Okey..” Aku pantas memperbetulkan kesalahanku
yang ditunjukkan tadi sambil diperhatikan olehnya.
“Okey.
Run dekat homepage.” Arah Nas dan aku hanya melakukan seperrti yang dipinta.
Alhamdulillah
aku dapat run coding tu semua. Nas kemudian bergerak ke hadapan semula untuk
memberikan langkah-langkah yang seterusnya. Sesi pertama berjalan dengan
lancar.
Sesi
kedua pula akan dijalankan selepas solat Zuhur. Aku pula mengambil kesempatan
ini untuk tidur sebentar sementara menunggu kawan-kawan aku yang lain masuk ke
dalam makmal seminar. Maklumlah aku sekarang tengah bendera merah. Jadi, aku
bolehlah tidur sekejap. Sekadar melelapkan mata.
“Aish,
biarlah aku tidur sekejap. Penat dah mata ni asyik dok hadap komputer daripada
pagi tadi.” Aku berkata dalam hati. Nanti cakapp kuat-kuat, buat malu kaum
saja. Jadi, sementara menunggu yang lain, aku tidur.
*****
“Penat ya? Owh, tak apa. Biarlah dia tidur dulu.” Aku
terdengar orang berkata-kata. Tiba-tiba aku terasa bahu aku ditampar kuat oleh
rakan baik aku dekat sebelah aku ni hah. Ramlah.
“Sya..Sya.. Bangun la.” Kejut Ramlah. Aku terkejut dengan
tamparan si Ramlah ni terus terbangun tanpa signal. Dengan muka mamai, tudung
yang dah senget-benget, aku ragu kepala.
“Kenapa? Weh, aku tido ke?” Aku bertanya soalan bodoh.
Aku terdengar orang ketawa. Aku angkat muka, Nas ada dekat depan aku sekarang
ni tengah gelakkan aku. Dalam hati, “Amboi, sedap je dia ni gelakkan aku. Nak
rasa penumbuk aku agaknya. Aish.. Nasib baiklah aku ni mamai lagi.”
Tiba-tiba dia bersuara, “Tak apa lah. Kalau nak tidur, tidurlah
dulu. Penat ya?”
“Mak aih.. Caring la pula. Janganlah… Nanti aku gila kau
pula Nas. Aishh..” Aku pandang Nas dengan muka blur aku. Dia senyum. Cairnya
aku tengok. Sweet je dia senyum. Kemudian, Ramlah disebelah aku tiba-tiba
mengajak aku pergi toilet. Nak basuh muka sebab dah mengantuk sangat katanya.
“Kacau line betul la si Ramlah ni. Saja je tak nak bagi
aku berangan sikit.” Aku mengeluh dan terus bangun keluar daripada makmal
seminar tersebut. Masa dalam toilet tu, aku teringat pula kejadian yang berlaku
sebentar tadi. Kemudian aku tersenyum seorang diri.
“Hoi! Kau dah kenapa Sya? Berangan je kerja kau.
Sedar-sedarlah. Kau dekat dunia realiti bukan fantasi.” Tegur Ramlah dan
memeranjatkan aku.
“Kau ni kan Ram, nasib baiklah kawan kau ni tak ada sakit
jantung. Kalau tak dah lama mati keras dekat toilet ni.” Suara aku meninggi.
Ramlah mencebikkan bibir.
“Alaa… Sebab aku tahu kau tak ada sakit jantunglah aku
sergah kau macam tu. Takut la kau tersesat dalam dunia fantasi kau tu lagi.”
“Biarlah aku nak duduk dalam dunia fantasi aku tu. Kau tu
dah kenapa pula nak menyibuk bagai pasal dunia fantasi aku? Kenapa? Teringin
nak masuk dunia fantasi aku juga ke?”
“Tak ada maknanya. Aku takut kau hilang tak balik-balik.
Nanti satu kerja pula nak mencari kau.”
“Pergh, sayang juga kau dekat aku ya Ram? Baiknya kau. Ni
yang aku sayang kau lebih ni.” Aku berkata sambil tangan cuba memeluk Ramlah.
“Aish…
Tepilah. Eee… Gelilah aku. Sana… Sana…” Kata Ramlah sambil tangannya
menepis-nepis aku supaya jauh daripada memeluknya.
******
“Akhirnya
habis juga kelas tu. Penat wehhh. Aku nak balik bilik cepat-cepat, nak tidur.”
Aku katakan pada Ramlah.
“Kau
ni, teruk betullah. Kan dah Asar ni. Mengada nak tidur pula. Tak eloklah tidur
petang-petang macam ni. Nanti kau jadi gila baru kau tahu.” Ugut Ramlah. Tapi
aku mana pernah makan pun dengan ugutan dia tu.
“Kau
ugutlah banyak mana pun, aku tak makanlah. Hahahaha…” Aku gelak kuat. Ramlah
pula buat muka tak puas hati. Aku senyum sajalah. Dalam hati, “Yes, aku
menang!”
*****
Darah!
Banyak pula tu. Keadaan dalam rumah tu bersepah. Tiba-tiba, aku terdengar suara
orang berborak dekat kawasan luar rumah tu. Aku nak tengok siapa tapi, aku tak
boleh gerak. Baru aku perasan aku kena ikat. Kaki dan tangan. Mulut aku pula
kena gam dengan cellotape.
Dalam
hati aku, “Aku kat mana ni? Kenapa aku ada dekat tempat macam ni?” Tiba-tiba
pintu rumah tu terbuka daripada luar. Ada lelaki. Smart, rambut macam serabai
sikit. Seksi tu.
“Gila
lah kau ni Sya. Time macam ni pun ada hati nak usya orang. Tapi kenapa aku rasa
macam aku pernah nampak dia? Aku kenal dia ke?” Aku tenung muka lelaki tu
dalam-dalam.
“Kau
pandang apa hah?” Lelaki tu tiba-tiba bersuara. Nada dia keras tapi aku kenal
suara tu. Nasril! Mata aku membulat tatkala aku dapat membuat pengecaman tu.
Tapi kenapa dia buat semua ni?
“Kalau
kau nak selamat, baik kau duduk diam-diam dan ikut je cakap aku. Faham?” Keras
sekali nada suara Nas. Aku hanya mampu untuk menganggukkan kepala kerana mulut
aku dah digamnya.
Kemudian,
Nasril bergerak ke suatu sudut dan dia membelakangi aku. Aku nampak dia macam
keluarkan sesuatu daripada sisi pinggangnya. Aku tak nampak apa bendanya sebab
jaketnya menghalang pandangan aku. Apabila dia pusing menghadap aku, aku
terkejut nak mati.
Aku
meronta-ronta bila nampak benda tu. Aku jadi cuak dan takut yang teramat. Dia
mengacukan pistol ke arah aku dengan pandangan yang sukar untuk aku tafsirkan
maksudnya. Dan BAMMM…
“Ya
Allah!!!!” Aku terbangun daripada mimpi ngeri tu. Nafas aku tercunggap-cunggap
macam orang baru lepas lari pecut 100 meter.
Dalam
hati, “Kenapa aku mimpi macam tu? Ya Allah… Lindungilah hamba-Mu ini.” Aku
meraup muka aku yang berpeluh. Aku tengok jam dah pukul 3 pagi.
“Baik
aku buat solat tahajjud. Mana tahu reda sikit hati ni.” Aku terus bangun mengambil
wudhuk. Aku tertidur semula lepas solat.
*****
“Wehh,
kau still fikir pasal mimpi kau malam tadi ke Sya?” Tanya Ramlah sambil dia
sibuk menyuap makanan ke dalam mulutnya.
“Yelah.
Kau tak rasa pelik ke? Kenapa aku tiba-tiba mimpi benda-benda macam tu? Sebelum
ni mana aku pernah mimpi sampai macam tu sekali. Lagi pun aku rasa benda tu
macam real tahu.”
“Aish,
kau ni. Mengarutnya saja. Itukan mimpi saja. Ingat miimpi ni kan mainan tidur.
Dah lah, tak payah nak fikir banyak sangat. Baik kau makan sekarang sebelum aku
lahap kau punya nasi ni semua.”
“Aish,
mana boleh. Ni nasi aku lah. Kalau kau makan, aku nak makan apa?”
“Tahu
pun takut. Dah, makan sekarang. Kalau tidak, aku ambik semua. Tak nak tinggal
sikit pun.”
“Okey…
Okey… Aku makan sekarang. Aish, ada saja idea nak kenakan aku.” Aku mengomel.
Ramlah hanya tersenggih. Dalam masa aku baru nak makan, aku nampak Nasril lalu
depan meja yang aku tengah makan.
Aku
terkedu. Pegerakan aku terhenti sekali lagi buat Ramlah pelik dengan kelakuan
aku. Mata aku pula terus mengekori bayang Nasril. Ramlah tercari-cari siapa
yang aku pandang. Terpusing-pusing dia.
“Sya,
dah-dah lah tu. Kau still ingat pasal mimpi tu ke? Come on la. Mainan tidur
saja lah beb.” Kata Ramlah. Muka dia serius nampak risau dengan kelakuan aku.
“Bukanlah!
Aku cuma pelik. Kenapa aku mimpi macam tu? Pasal orang yang baru aku kenal and
kenapa…” Belum sempat aku habiskan ayat aku, Ramlah dah potong dulu.
“Dah…!!!
Nur Natasya Amran!!! Aku kata dah. Baik kau makan sekarang sebelum aku sumbat semua
makanan tu dalam mulut kau.” Kata Ramlah. Bengang dengan kerenah aku. Aku
terkejut dengan amaran Ramlah itu terus menyumbat makanan.
“Peliklah.
Kenapa Ramlah macam marah gila bila aku cerita pasal Nas? Dia macam tak suka
pun ada. Emmm… Entah-entah dia sukakan Nas tak?” Aku berteka-teki di dalam hati
sambil itu aku curi pandang Ramlah.
*****
Aku
terjaga daripada lena yang aku rasa cukup panjang bagi aku untuk hari tu. Aku
turun daripada katil. Saat aku nak buka pintu, aku terdengar suara lelaki.
“Macam
mana pula suara lelaki boleh ada dekat floor aku?” Aku pelik. Aku tidak terus
membuka pintu sebaliknya aku pasang telinga.
“Aku
nak kau bunuh dia. Dia dah tahu segalanya sebab dia dengar perbualan kita
sekarang ni.” Kata lelaki itu. Aku terkejut sangat dengar bila dia kata macam
itu.
“Macam
mana dia tahu ada orang tengah pasang telinga? Apa aku nak buat ni? Nak lari
mana ni?” Aku tekup mulut aku supaya tidak terdengar nafas aku yang kencang ni.
Aku pusing semula untuk pergi ke arah katil tapi katil aku dah tak ada dekat
situ.
Tempat
tu dah jadi lain. Hutan tebal yang gelap- gelita. Aku tak nampak satu apa pun.
Aku dengar bunyi tapak kaki yang semakin hampir. Aku menggelabah. Aku lari
daripada tempat tu dengan secepat mungkin.
Namun,
“ Kau nak pergi mana hah perempuan?” Lelaki tadi sempat menarik rambut aku dan
aku tergerak ke belakang. Mata aku membulat. Nasril!
“Kak
Sya. Bangun dah pukul 7.30 ni. Akak tak ada kelas ke pagi ni?” Aku terdengar
sayup-sayup suara perempuan. Suara roommate aku.
“Dah
pukul berapa ni Mi?” Aku bertanya sambil mata menggosok-gosok mata aku yang
susah sangat nak buka ni. Bila aku bermimpi, badan aku cepat penat. Macam tak
cukup tidur pun ada.
“Dah
pukul 7.30 kak. Akak bukan kelas pukul 8 ke?”
“Haah…
Pukul 8. Baru pukul 7.30…?”
“What???
Pukul 7.30? Argh… Lambat dah. Alaaa… Kenapa Mi tak kejut akak dari tadi lagi.
Aduhhh…” Aku terus mengambil tuala dan toiletries.
“Mi
dah kejut daripada tadi lagi. Akak yang tak nak bangun.” Mimi membela diri. Aku
dah tak sempat nak fikir apa dah. Aku terus tinggalkan dia.
“Tak
sempat nak mandi ni. Arghh, belasah sajalah.” Aku terus gosok gigi dan cuci
muka bagi segar sikit. Dah siap-siap, aku terus merempit atas jalan pepagi buta
ni. Nasib baik jugalah fakulti aku tak jauh mana. Jalan kaki pun boleh. Tapi
sebab aku naik motor, speed tu lagi cepatlah berbanding jalan kaki.
Sampai
dekat kelas, Prof. Syadan awal-awal lagi dah sound baik punya. “Kamu sebagai student
universiti, kamu tak sepatutnya lambat. Kamu semua lagi selangkah untuk ke alam
pekerjaan. Dan kamu sendiri tahu menepati masa adalah salah satu asas yang
patut ada dalam diri masing-masing. Kalau macam inilah perangai kamu, tak ada
yang nak bagi kamu kerja. Faham semua?” Tegas Prof. Syadan sambil memandang
muka aku.
Satu
kelas menjawab faham. Entah faham betul ke tidak mereka ni semua. Main cakap
saja faham. Entah-entah tak faham langsung.
“Natasya,
kamu faham tak apa yang saya cakap tadi?” Tanya Prof. Syadan.
“Faham
Prof. Saya minta maaf. Saya janji saya tak buat lagi. Maaf Prof.” Aku
menghulurkan kata maaf supaya Prof. Syadan lembut hati. Kelas pun bermula macam
biasa.
“Sya…
Asal kau lambat hah? Bermimpi lagi ke?” Tanya Ramlah dalam keadaan berbisik.
“Haah.
Aku mimpi lagi semalam. Mimpi orang yang sama dalam keadaan yang lebih kurang
sama. Dia nak bunuh aku Ramlah. Nasib baik si Mimi kejut aku. Aish…menakutkan.”
Aku pun turut berbisik sama seperti Ramlah.
“Alaa…Kau
ni angaukan si Nas tu ke? Sampai mimpi-mimpi semua bagai. Kau sukakan Nas ya?”
Ramlah mula serkap jarang dia. Aku hanya mendiamkan diri dan mengeluarkan
lecture note daripada dalam beg. Aku abaikan persoalan Ramlah.
“Alaa,
Sya… Dengan aku pun kau nak berahsia. Baik kau cakap sekarang.” Desak Ramlah
lagi.
“Hah,
Ramlah ada apa-apa ke awak tak faham?” Tegur Prof. Syadan tiba-tiba.
“Aaaa…
Tak. Tak ada Prof.”
“Lain
kali saya tengah mengajar dengar dan catat mana yang perlu. Jangan asyik nak
mengganggu orang lain nak belajar. Kalau rasa tak nak belajar, silakan keluar
daripada lecture saya ni.”
“Baik
Prof. Saya minta maaf Prof.”
Aku
hanya tersenggih melihat muka Ramlah yang masam macam cuka tu. Dalam hati, “Tu
lah. Siapa suruh tanya banyak sangat soalan? Kan dah kena. Hahahaha…”
*******
Waktu
aku nak pergi toilet, aku terserempak dengan Nasril. Penampilan dia macam waktu
first dia kenalkan diri dia. Comot. Dengan topi yang tutup mata dia, aku tak
boleh nak agak apa yang ada sebalik sinar mata dia. Sebab aku tak nampak mata
dia.
Dia
macam tergesa-gesa pun ada. Tapi aku perasan sesuatu. Macam pistol la dekat dia
punya pinggang. “Biar betul apa yang aku nampak ni? Tak kan lah mimpi tu betul?”
Monolog aku dalam hati.
Aku
cuba ekori dia daripada belakang tapi, tak ada apa-apa yang ganjil pun. Dia
tunggu bas dekat bus stop. Perangai dia biasa saja. Pemalu. Apabila jalan
sebelah perempuan, aku perasan dia akan menundukkan pandangan dia. Just nice.
Apabila
aku tak jumpa apa-apa tanda yang mencurigakan, aku terus pergi dari situ.
Apabila aku pusing saja badan aku, aku terasa ada tangan tekup mulut aku dengan
kain. Lepas itu, aku rasa pening-pening dan dunia aku terus gelap.
******
Aku
cuba untuk membuka mata aku. Terasa berat sangat. Kepala aku pula pening. Aku
lihat sekeliling. Tempat apa ni? Macam ruang tamu tapi bersepah. Dalam hati,
“Aku dekat mana ni?”
Sambil
mata aku menjelajah tempat tu, pintu terbuka daripada luar. Ada seorang lelaki
berpakaian ala-ala gengster, masuk ke dalam rumah. Aku tak nampak muka dia
sebab silau.
“Dah
bangun? Bagus. Ni aku bawakan kau nasi. Makan.” Kata lelaki tersebut. Dia buka
cellotape dekat mulut aku.
“Auch…Sakitlah.”
Aku marah dia. Aku rasa macam kenal saja dia ni. Lelaki tadi cuba suapkan aku
makan. Tapi menggeleng.
“Aku
dekat mana ni? Kau nak apa dari aku hah?” AKu tengking dia.
“Aku
kata makan, makan sajalah. Yang kau degil sangat ni kenapa?” Suara dia juga
turut meninggi.
“Baik
kau cakap dekat aku, kau nak apa? Aku bukannya orang kaya pun yang kau nak
culik aku ni kenapa?”
“Kau
ni kan banyak tanyalah. Makan sajalah. Nah!” Sambil tangan lelaki tadi
menyuapkan aku makan.
“Aku
tak lah. Aku nak balik. Aku nak balik!!!” Aku meronta-ronta.
“Kau
ni kan menguji kesabaran aku lah. Duduk diam-diam. Aku lempang juga nanti, baru
kau tahu.”
“Lempanglah.
Lempang kalau kau berani sangat.” Aku mencabar kesabaran dia. Dia menghempas
nasi yang dipegangnya itu dan menarik kuat rambut aku.
“Kau
jangan terlalu mencabar aku Nur Natasya Amran. Nahas kau aku kerjakan nanti.”
Bisik lelaki tu dekat dengan telinga aku sampai aku boleh rasa hangatnya
hembusan nafas dia.
“Sya!
Time macam ni pun kau boleh nak kisah pasal semua tu? Aish, parahlah kau ni
Sya. Jangan terjatuh cinta dengan mamat yang culik kau ni dah lah.” Aku berkata
dalam hati.
Buat
seketika mata kami bertentangan. Cantiknya mata dia. Garang tapi aku rasa mata
dia tu macam simpan banyak rahsia. Macam sedih pun ada juga. Emm… Tiba-tiba
telefon lelaki tadi berbunyi.
“Hello
bos? Nak buat apa dengan dia bos? Okey, saya datang sekarang.” Terus lelaki
tadi tinggalkan aku. Tapi, perut aku tiba-tiba berbunyi. Kuat pula tu. “Aish,
buat malu sajalah kau ni Sya.” Detik hati aku.
Lelaki
tadi pandang aku. Dia ambil nasi yang lagi satu bungkus, dia suapkan aku makan
sebelum dia tinggalkan aku kekenyangan. Lepas dia pergi, aku ambil kesempatan
untuk melepaskan diri. Aku nampak ada serpihan cermin, jadi aku gunakan
serpihan itu untuk potong tali dekat tangan aku ni.
Lepas
aku berjaya lepaskan diri aku daripada ikatan tali itu, aku terus keluar secara
senyap ikut pintu belakang. Tapi aku terpijak kayu kering dekat area situ,
mereka yang sedang berjaga terus mengejar aku. Aku pun larilah laju-laju. Tak
kan lah bodoh sangat nak duduk terconggok dekat situ kn?
“Kejar
dia. Jangan bagi terlepas.” Jerit salah seorang daripada kumpulan gengster
tersebut.
Aku
tak tahu arah aku ke mana. Aku tak nampak jalan keluar. Aku terus lari daripada
gengster-gengster tu sampai aku jumpa cahaya terang. Jalan raya! Kereta! Aku
tahan kereta tersebut. Terlompat-lompat aku.
“Berhenti…
Berhenti…” Apabila kereta itu berhenti, aku terus masuk ke dalam kereta tanpa
melihat siapa gerangan orang yang menolong aku itu. Tapi yang pasti dia lelaki
dan aku tak nampak sangat muka dia sebab dia pakai topi.
“Jalan
encik. Jalan. Ada orang kejar saya.” Kata aku dalam keadaan cemas dan
tercunggap-cunggap. Lelaki yang tolong aku itu terus memandu tanpa bersuara.
“Terima
kasih encik sebab tolong saya. Kalau encik tak ada tadi, entah apa lah nasib
saya.” Ucap aku ikhlas daripada hati.
“Tak
apa.” Ringkas gila jawapan yang keluar daripada mulut dia.
Apabila
tiba dekat satu simpang, penyelamat aku itu memberhentikan kereta dia. Aku
pandang keliling. Gelap tak ada langsung lampu dekat jalan itu. Penyelamat aku
pun diam tidak berkutik.
“Encik,
kenapa kita berhenti dekat sini?” Tanya aku. Pelik.
“Sebab
dekat sini tak ada orang.”
“Hah?
Maksud encik?” Aku mula was-was dengan tingkah laku penyelamat aku. Aku pandang
dia. Dia keluarkan pistol!
Dia
acukan pistol tu ke arah aku. Dia larikan mata pistol tu dekat muka aku.
“Encik…?
Encik nak apa daripada saya?” Suara aku jadi bergetar kerana perasaan takut
yang teramat sangat.
“Kau
rasa, aku nak apa?”
“Sa…
Saya tak tahu.”
“Kau
boleh bagi aku apa Sya?”
“Macam
mana encik tahu nama saya?” Aku bertambah runsing. Dia tahu nama aku. Aku still
pandang dia tapi aku tak mampu bergerak. Pergerakan aku bagaikan terkunci.
Dia
mendekatkan mukanya dengan muka aku. Dia buka topi dia. “Nasril???”
“Ya.
Aku Nasril. Budak comot yang kau suka tu.”
“Tapi
kenapa?”
“Sebab
kau pandang aku sebagai budak comot. Tapi kau tak tau hakikat sebenarnya.”
“Hakikat
apa? Aku tak faham.”
“Aku
budak comot yang menjadi pembunuh upahan.” Kata Nasril sambil tangannya menarik
picu pistol. Bamm…
Aku
terkedu. Mata aku membulat. Bau darah kuat menerpa hidung aku. Mata aku berair.
“Kenapa?”
“Sebab
aku yang suruh dia.” Ramlah! Dan lagi satu das tembakan dilepaskan oleh kawan
baik aku sendiri, Ramlah. Bamm…
*******
Aku
lihat dia menghampiri aku dengan senyuman yang manis. Aku? Mestilah sambut
dengan senyuman yang lagi manis daripada dia.
“Feeling
better ke hari ni?” Tanya dia dengan sopan. Aku hanya menganggukkan kepala.
“Saya
suapkan awak makan ya?” Dia berkata lagi dan lagi sekali aku menanggukkan
kepala.
“Arghh…
Janganlah sopan sangat dengan aku. Cair dah ni.” Aku berkata dalam hati. Mesti
semua tertanya-tanya apa yang sebenarnya berlaku. Lepas aku kena tembak, aku
tersedar daripada koma. Yes! Aku koma.
Sebenarnya
time aku pusing dan rasa macam orang tutup mulut aku dengan kain tu sebenarnya
buku aku yang tutup mulut dan hidung aku. Aku terlanggar daun-daun pokok yang
terjuntai-juntai dekat belakang badan aku. Aku terkejut sangat dan kaki aku tak
stabil.
Jadi
aku terjatuh terlentang dan kepala aku terhentak dekat batu. Itu yang aku koma.
Dan penyelamat aku adalah Nasril. Dia yang tolong bawakan aku ke hospital sebab
kepala aku berdarah masa itu.
So,
semua yang jadi dekat aku, aku kena tembaklah. Kena kejarlah, tu semua hanyalah
mimpi aku. Mimpi yang macam Ramlah cakap mainan tidur.
“Saya
balik dulu ya Sya. Esok saya datang lagi.” Kata Nasril. Aku senyum.
“Ya.
Saya tunggu awak esok. Take care.” Aku melambai Nasril.
Aku
baru nak lelapkan mata, tiba-tiba terdengar bunyi telefon. “Macam ringtone
telefon Nasril. Dia tertinggal telefon?” Aku cari dan jumpa telefon tu. Tak ada
nama.Aku angkat telefon tu takut urgent call.
“Aku
nak kau bunuh dia!” Ramlah!
******* Try la baca.. Ni cerpen first yang aku buat. First cerita yang aku mampu untuk habiskan. Lain ada je. Tapi terkandas ditengah jalan. Sorry kalau ada yang tak disukai or tak digemari. Lagi pn cerita ni tak ada kaitan antara yang hidup dengan yang mati.
Comments