Skip to main content

Officially 24!!

12 June... Yeahhhhh!!!! Today is my birthday. Yang ke-24. Now I'm officially 24. Emm.. dah tua dah aku ni. Normal la kan? Hidup ni mana ada yang kekal muda. Semua akan tua. Tak akan lari la. So, on this year, aku sambut sorang je. Selalu sambut dengan family. Tapi sebab aku kena kerja hari ni, terpaksa la aku batalkan niat aku untuk balik Kedah. Dan oleh itu, terjadi la kejadian di mana seorang yang bernama ain ni sambut hari jadi sorang-sorang dekat rumah sewanya. Dah la kakak penyewa tu tak ada. Member aku pun tak ada. Sedih bak hang... Huhhuuhu... Tapi aku tak kisah sangat pun. Cuma aku rasa macam tak best la sebab tak dapat nak sambut dengan family aku. Actually tarikh hari jadi aku ni sama dengan adik aku sorang ni. Arif nama dia. We share the same date. Seronok tu memang seronok. Sebab share benda sama. Aku agak rapat la dengan dia. Maybe sebab kita orang lahir hari sama. Hahahahaha... Tapi kan bila jumpa dia, mesti asyik gaduh.

"Kau la ni. Sibuk je nak lahir hari sama dengan aku."
"Kau ni, lahir la hari lain... Nak jugak sama dengan aku."

Selalu ayat macam ni akan keluar. Tapi kita orang okey je. Saja je gurau-gurau manja. Ceh, manja sangat. Lempang skali baru tahu. LOL... Sebenarnya ramai je yang share tarikh sama dengan aku. Member aku yang kat matrik sorang, pastu ex-roommate Nunun lagi. Ramai kot. Dah tak rasa macam special la plak. Hahahaha... Tapi serius hari ni aku rasa macam bosan sangat. Rasa macam boring. Emmm, jap boring dengan bosan tu bukan ke benda yang sama? Senget la. Nak hadiah. Tapi macam tak ada yang bagi pun. Sedih la. Hahahaha.. Tak kisah la. Janji aku bahagia. ting!!!

Comments

Popular posts from this blog

Pengakhiran, Prasangka, Mentaliti

Pengakhiran yang tak dijangka. Siapa sangka benda baik boleh jadi jahat, dan benda jahat boleh jadi baik. Siapa sangka perangai dan perbuatan kita memberikan mereka yang memandang satu penilaian. Samaada baik atau jahat, semua itu terletak dalam hati setiap manusia. Kuasa Allah menentukan siapa dia di sisi-Nya. Tapi dia sendiri yang menentukan cara kehidupan dia. Corak kehidupan dia. Aku selalu baca novel, cerita2 cinta dan selalu tengok tv. Hahaha..biasalah manusia kalau dah bosan dia akan jadi macam aku. tp jika diteliti semula, aku hanya menghabiskan sisa hidup dengan sia2. Tapai, walaupun terasa sia2, aku tetap dapat input yang berguna dari benda aku baca, lihat dan dengar. Contohnya macam tadi. Aku aspek buku cerita yang aku baca tadi akan menemui happy ending tp sangkaan aku salah bila mana hero cerita tu mati. Dan baru ni, aku tengok tv cerita kifarah. Cerita yang membuatkan aku terfikir. Fikiran manusia ni semuanya tertumpu pada satu saja. Seorang salah, semua salah. Sedangk...

Kasihku Pada Siapa

Kasihku pada siapa? Itulah ceritaku pada pagi ini. Aku sedar aku sebagai pelajar harus menumpukan sepenuh perhatianku kepada pelajaran. Akan tetapi, aku ini manusia biasa yang tidak akan lari daripada permainan hati dan perasaan. Sudah masuk tiga tahun aku meletakkan satu nama dalam hatiku. Sudah terlalu lama nama itu bertapak di dalam hatiku. 3 tahun bukannya masa yang singkat untuk dilupakan dan ditinggalkan. Ianya mengambil masa yang terlalu lama untuk dibuang jauh daripada hidupku ini. Mungkin mulutku mampu untuk mengatakan bahawa aku sudah mampu lupakan dia tetapi hati aku sesekali tidak mampu untuk mengatakan kemampuan itu. Sebab aku tahu hati aku. Aku tahu apa yang tersirat di dalam hatiku. Selama 3 tahun ini aku menjadi seorang penunggu setia. Aku menjadi seorang penunggu yang tiada jemu untuk terus menunggu. Aku menjadi seorang yang sentiasa berfikiran positive tentang hati dan perasaan. Aku menjadi seorang yang sentiasa berfikir tentang masa depan andai kami bersama-...

Happy Ending!

Hai… Well baca tajuk pun dah tahu kita nak cerita pasal apa. Happy Ending! Apa orang selalu cakap, “Setiap kepayahan dan kesengsaraan pasti akan ada kebahagiaan yang menanti.” … Kalau nak diikutkan hati, memang betul pepatah tu. Kebahagiaan akan muncul lepas segala dugaan itu berlalu pergi. Bagi aku setiap cerita kita ada happy ending masing-masing. Cuma bergantung pada individu la untuk tentukan sama ada dia bahagia atau tidak dengan keadaan dia time tu. Tapi ada juga sesetengah daripada kita beranggapan yang happy ending ni hanya dalam novel. Hanya dalam filem or dalam imaginasi mereka. Anggapan seperti inilah yang boleh membunuh kita sebenarnya. Selalu fikir there is no happy ending in this world. Please, ni semua tak betul. Jangan terlalu berfikiran negatif terhadap diri sendiri.  Well, sometimes aku sendiri akan fikir benda yang sama macam mereka ni. But kita kena tahu, tak semua happy ending tu kita boleh nampak secara terus. Contoh, macam dalam novel, lastly mereka pun ...